Bila berblog walking...terjumpa lak petikan nie..aku memang tak pandai "menulis" so memang tak leh jadi pensil...nak jadi pemadam..bole ke???? ermm
ADA MASA KITA PERLU MENANGIS AGAR KITA TAHU DUNIA IN BUKAN UNTUK KETAWA . ADA MASA KITA PERLU KETAWA AGAR KITA TAHU BETAPA BERNILAINYA SETITIS AIR MATA
Monday, April 29, 2013
Wednesday, April 10, 2013
Pepatah...: Kita Bukannya Baik Untuk Cakap Kita Baik.........
untuk peringatan diri sendiri juga....
1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome
4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
7. Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut
TAPI...
1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain
6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya denganseikhlas hati
7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama
Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah. bukan senang nak jadi senang ...
Friday, April 5, 2013
9 Awet Muda Cara Islam
Semua orang nak kekal cantik dan sihat. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta. Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin. Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.
Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sumber : Posted by Fyna Ahmad
Subscribe to:
Posts (Atom)