Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, January 5, 2017

Kempen #Bebas Plastik di Selangor

Assalammualaikum....

Kempen dah pun bermula...sekarang klu nak g pasaraya2 & kedai2 kat area Selangor kena standby beg sendiri yer...klu tak bayar la 20 sen untuk satu plastik beg...moga kempen nie dapat diterima oleh rakyat bagi kebaikan bersama juga kan..:)


Thursday, July 28, 2016

Pesta Durian Sana Sini

Assalammualaikum...

Musim durian sekarang nie..aduih merata2 ada karnival durian... jomla kita terjah  karnival yg terdekat ....bukan buah durian jer...ada juga buah-buahan lain juga....yerla bukan semua orang makan durian kannn......:))







Monday, June 6, 2016

Salam Ramadhan

Assalammualaikum...

Selamat Menunaikan Ibadah puasa dan semoga semua amalan kita diterimaNYA..Aaminn.






Friday, April 8, 2016

Bulan Mulia Semakin Hampir...

Assalammualaikum...

Masa begitu cepat berlalu...esok bermula 1 Rejab bermakna bulan2 mulia kalendar Islam makin menghampiri..semoga dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Bulan ramadhan nanti..Inshaallah !!


Tuesday, March 8, 2016

Sayangilah,hormati dan sanjungilah wanita disekeliling anda...

Assalammualaikum.....

Selamat Hari Wanita buat semua yang bergelar cik, buat wanita bergelar isteri, buat wanita yang bergelar ibu...moga bertambah hebat dalam menguruskan apa jua pekerjaan dan moga menjadi wanita solehah di dunia dan di akhirat...


Friday, September 11, 2015

Friday, August 29, 2014

Selamat Hari Kemerdekaan



Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan


Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Lagu : Allahyarham Sudirman

Thursday, July 3, 2014

Bubur sesuai untuk keselesaan perut di bulan puasa

(Pic Ehsan Google)

PETALING JAYA: Sesetengah pihak menganggap, tidak lengkap Ramadan tanpa bubur lambuk. Oleh itu, tidak salah jika bubur lambuk disenaraikan antara juadah berbuka puasa yang paling digemari sepanjang bulan mulia ini. Ada yang sanggup beratur panjang di masjid yang menyediakan hidangan itu, malah ia juga disajikan secara bufet di hotel. Selain bubur lambuk, terdapat banyak lagi bubur yang menjadi sebahagian hidangan berbuka puasa, malah ia turut digemari bukan Islam. Malahan, setiap negeri mempunyai cara penyediaan bubur nasi tersendiri, misalnya di Terengganu yang terkenal dengan bubur yang dimasak bersama pelbagai jenis ulaman dan ditambah dengan isi ikan, manakala di Pulau Pinang pula terkenal dengan bubur yang dimasak bersama daging dan rempah ratus, dengan taburan daun sup serta bawang goreng .

Menurut Naib Presiden Persatuan Chef Malaysia, Master Chef Rossham Rusli, bubur merupakan sejenis pemakanan utama dari peringkat bayi lagi, maka tidak hairanlah ia menjadi salah satu hidangan popular sepanjang Ramadan. Chef Rossham Katanya, dari segi kesihatan pula, bubur sesuai dihidangkan bagi keselesaan perut yang kosong setelah berpuasa hampir 12 jam. “Bubur adalah makanan yang membantu sistem pencernaan yang baik untuk perut, di samping menjadi amalan pemakanan sihat,” katanya kepada mStar Online. Rossham berkata, bubur mengandungi karbohidrat yang membantu memberikan tenaga kepada orang yang berpuasa sepanjang hari.

Tambahnya, bubur yang berasaskan beras, walaupun bersantan dapat menggantikan hidangan makanan utama seperti nasi. “Ia bukan sahaja berkhasiat, memberikan tenaga, menambahkan selera, malah mengimbangi rasa pemakanan seperti manis dan pedas,” katanya. Selain faedahnya dari segi kesihatan, bubur turut digemari pada bulan puasa kerana cara penyediaannya yang mudah, sekali gus menjimatkan masa. Di negara ini, selain bubur lambuk, bubur berasaskan beras boleh dicampurkan dengan bahan utama lain seperti sumsum, daging, ayam, udang, ikan dan ketam.

Beliau menyediakan bubur pedas Sarawak, bubur ayam cincang, bubur isi ketam dan bubur sumsum menggunakan bahan tersebut. “Bubur berasaskan santan pula boleh digabungkan dengan biji-bijian, kekacang, nasi, sayur-sayuran, labu, kentang dan keledek,” katanya. Berpengalaman luas dalam bidang penyediaan makanan, Rossham bagaimanapun berkata, bubur kosong juga sesuai dihidangkan bersama kuah lain walaupun jarang disediakan. “Kita jarang mendengar atau melihat orang makan bubur kosong bersama dengan kuah seperti kuah lemak, kuah sambal dan kuah asam.
“Apapun, setiap hidangan berbuka puasa seperti bubur ini perlu dipastikan segar, berkhasiat dan berkualiti,” katanya.
Dicatat oleh ELBI RISALAH.

Friday, May 16, 2014

HUKUM TUNDUK UNTUK MENGHORMATI

 
  
Soalan
Menghormati seseorang dengan menundukkan kepala di hadapannya, apakah dibenarkan Islam?

Jawapan;

Bismilllah,

Dalam Sunan at-Tirmizi, Anas bin Malik RA menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW; ‘Wahai Rasulullah, jika seorang dari kami bertemu sahabatnya, bolehkah dia membongkok kepadanya?’. Jawab baginda; ‘Tidak boleh’.

Dia bertanya lagi; ‘Bagaimana jika dia memeluk dan mengucupnya?’. Baginda menjawab; ‘Tidak boleh’. Dia bertanya lagi; ‘Bagaimana jika dia berjabat tangan dengannya?’. Baginda menjawab; ‘Ya, boleh’ (Sunan at-Tirmizi; 2728. Berkata at-Tirmizi; hadis hasan).

Berdasarkan hadis ini, kita boleh memahami bahawa menghormati seseorang dengan membongkok di hadapannya tidak disukai agama.

Menurut ulamak; jika membongkok itu sampai ke paras yang menyamai rukuk dalam solat, hukumnya adalah haram kerana ia menyerupai sembahan kepada Allah.

Jika atas dari kadar rukuk (seperti sekadar menundukkan kepala sahaja), hukumnya makruh dan sebolehnya tidak dilakukan (rujuk; al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 23/135, perkataan; ‘ruku’’. Dalil al-Falihin, bab Istihbab al-Musafahah).

Wallahu a’lam bis-shawab






(Sumber: imudanulamak.blogspot.com - 5.5.2014)

Friday, April 25, 2014

Kenapa Wanita Menangis???

 
 
WANITA... Makhluk ciptaan Allah yang satu ini memang tidak dapat ditolak lagi sangat mudah mengeluarkan air mata. Akan terlihat wajar ketika wanita menangis dengan alasan yang pasti dan jelas. Tapi mengapa terkadang wanita tiba-tiba menangis tanpa sebab dan alasan yang jelas? Ada beberapa hal yang menyebabkan wanita meneteskan mutiara bening nan hangat milik makhluk Allah yang paling lembut itu.

• Faktor Hormon. Saat memasuki masa Pra Menstruasi (PMS), wanita akan bersikap yang cenderung menyebalkan. Misalnya akan sensitif, mudah marah-marah, dan seketika meluapkan emosi buruknya melalui tangisan.

• Marah. Berbeda halnya dengan pria, saat meluapkan perasaan marah wanita jarang sekali mengungkapkan kemarahannya dengan hal-hal seperti yang dilakukan pria. Tapi, kemarahannya yang tinggi akan meleleh menjadi butiran bening yang keluar dari sudut kornea.

• Perasaan emosi. Wanita adalah makhluk yang paling halus bathinnya. Untuk itu, ia akan mudah sakit hati, gundah, frustasi, ketika terjadi hal-hal diluar apa yang diharapkannya. Biasanya, ketika wanita tidak menemukan tempat untuk sekedar menuangkan isi hatinya, maka membludaklah tangisannya

• Ingin memanipulasi keadaan. Ketika wanita melakukan kesalahan, cenderung ia akan terus dihantui rasa bersalah meskipun terlihat acuh-acuh saja. Wanita akan menangis akibat menyesal atau bisa juga sebagai pola untuk menarik simpati agar mudah untuk dimaafkan.

• Saat teringat sesuatu (memori/kenangan). Lain halnya dengan pria, wanita adalah makhluk Allah yang paling mudah meningat setiap peristiwa dalam detik demi detik yang dilaluinya. Maka, ketika wanita mengingat hal yang membuatnya sedih atau rindu, cenderung ia akan menitikkan air mata.

• Kehilangan. Makhluk lembut bernama wanita, akan selalu menjaga apapun yang ia miliki dengan sepenuh hati dan sebaik-baiknya. Maka, saat sesuatu yang dimiliknya hilang ia akan merasa kehilangan dan akhirnya mengalirkan air mata.

• Dibohongi. Setiap manusia apapun jenisnya pasti akan merasa sangat kecewa saat dirinya dibohongi. Begitupun dengan wanita, saat ia dibohongi mungkin tidak akan menangis di tempat. Tapi, beberapa saat setelah itu, baik disadari ataupun tidak air mata akan segera membasahi pipinya.

• Dilupakan. Wanita selalu ingin mendapatkan perhatian yang lebih dari siapapun. Maka, ketika ada hal yang menurutnya orang lain telah lupa akan hal tersebut, ia akan merasa sangat sedih dan akhirnya menangis. Contoh, seperti ulang tahun pernikahan. Saat suaminya lupa bahwa hari itu adalah ulang tahun pernikahan mereka, wanita akan kecewa dan menangis.

• Terharu. Perasaan seorang itu adalah perasaan yang paling peka. Saat ia mengalami kejadian yang mengharukan, bahagia ataupun sedih, jiwanya akan tersentuh dan berlinang air mata.

Written By Canang

Thursday, April 17, 2014

Jom Makan Kuaci


KUACI adalah nama sejenis makanan ringan yang berupa biji semangka, biji labu atau biji bunga matahari yang dikeringkan dan dimasinkan. Kita rakyat Malaysia telah mengenali kuaci semenjak dulu lagi dimana ianya murah, mudah didapati dan enak dimakan. Terdapat banyak jenama popular kuaci yang dijual dipasaran daripada yang mempunyai perisa asli sehingga pelbagai perisa baru yang sungguh menyeronokkan semasa memakannya.

Makan kuaci adalah satu aktiviti yang menghayalkan dimana lazimnya kita 'Tidak Mahu Berhenti' makan kuaci kerana ia 'tidak mengenyangkan'. Proses untuk menyediakan biji kuaci akan memberikan aroma sedap dan ditambah perisa garam memberikan rasa enak dimana fungsinya juga meningkatkan ketahanan simpanan. Tambahan rasa dan aroma yang sering dipakai dalam pembuatan kuaci adalah daun pandan, batang serai, kayu manis dan beberapa bahan lain.

Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan ringan KUACI untuk dijadikan bahan bacaan dan berkongsi maklumat. Kalangan kita ramai yang mengatakan makan kuaci hanya membuang masa dan tidak mengenyangkan malahan kulit kuaci yang tidak disimpan baik akan bertaburan.

Mungkin dakwaan ini meleset kerana banyak jenis kuaci yang ada zat permakanan yang baik untuk kesihatan manusia. Kandungan zat atau nutrisi kuaci bergantung kepada bahan asas yang digunakan. Kuaci biji bunga matahari (Sunflower seeds) yang berwarna kehitaman banyak dijual dipasaran dimana ia didapati banyak mengandungi vitamin B kompleks, vitamin B6, dan vitamin E. Komponen paling dominan pada kuaci adalah kandungan minyak biji bunga matahari iaitu Asid Lemak tidak Tepu (88%) dan sebanyak antara 44%-72% adalah kandungan Asid Linoleate. Kadar protein kuaci Tembikai sebanyak 28.3 g/100g dan Biji Bunga Matahari sebanyak 22.8 g/100 g. Kadar lemak pada kuaci biji semangka sebanyak 47.4 g/100 g dan biji bunga matahari sebanyak 49.6 g/100 g (Sila lihat foto isi biji kuaci disebelah).

Lazimnya kita akan berhenti makan kuaci apabila mulut dan tangan sudah penat mengopek kulit kuaci. Bahan-bahan yang ada di dalam kuaci mampu melawan kanser, memperbaiki dan mencegah penyakit kardiovaskular, hipertensi dan mampu untuk menurunkan kadar kolesterol. Kuaci yang diproses daripada biji tanaman bunga matahari antara yang popular dijual dipasaran Malaysia (Sila lihat foto sebelah). Tanaman bunga matahari (Sunflower) ini dipercayai natif dari Mexico dan Peru ini kemudian tersebar diseluruh dunia sejak tahun 1700.

Tanaman ini kemudian ditanam secara besar-besaran di Jerman, Perancis, Romania, Bulgaria, Russia, Hungary dan Amerika Syarikat. Kita di Malaysia tidak banyak menanam bunga matahari kecuali untuk tanaman hiasan sahaja. Mulanya tanaman bunga matahari ditanam sebagai tanaman hiasan dinegara tersebut tetapi kemudian bijinya dimanfaatkan sebagai kuaci dan sumber minyak untuk produk kosmetik. Kuaci merupakan sumber lemak sihat hampir 90%, vitamin, antioksidan, mineral, protein dan fitokimia yang sangat baik. Selain itu, biji bunga matahari mengandungi lemak tidak tepu (asid linoleat) dan (asid oleik), jenis lemak yang melindungi jantung.

Kajian klinikal juga ada menunjukkan iaitu makanan tinggi lemak tidak tepu lebih baik daripada makanan rendah lemak, kerana meningkatkan HDL (kolesterol baik) dan menurunkan LDL (kolesterol jahat). Biji bunga matahari juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin E iaitu sebanyak satu perempat cawan biji bunga matahari memberikan 90.5% daripada keperluan harian vitamin E. Vitamin E adalah bahan antioksidan dan anti radang dimana ia mampu mengurangkan gejala Lelah (asma), osteoartritis dan Rematoid arthritis yang cara utamanya dipengaruhi oleh radikal bebas dan radang.

Kandungan vitamin E yang cukup dapat mengurangkan risiko pada pembuluh darah dan kanser. Juga dapat mengurangkan kesakitan dan kekerapan rasa panas (hot flush) yang dialami wanita menopause dan komplikasi diabetes. Selain itu ada laporan bahawa biji kuaci juga banyak mengandungi bahan mineral berguna seperti Posforus (705-755 mg/l00 g), Kalium (648-689 mg/100 g), Kalsium (54-116 mg/100 g), Natrium (3-99mg /100 g), Besi (6.77-7.28 mg/100 g) dan Tembaga (0.69-1.75 mg/100 g).

Mineral kalsium dan posforus sangat penting peranannya dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia juga bermanfaat untuk mencegah osteoporosis. Kewujudan mineral kalium sangat penting untuk mengimbangi natrium. Kalium bersifat hipotensif, iaitu mempunyai kesan penurunan tekanan darah dalam badan. Begitulah coretan malam ini mengenai kuaci iaitu satu daripada produk pertanian yang mendap

Wednesday, February 12, 2014

WW

Alhamdullillah selepas 3 minggu ..panas terik..hujan turun hari nie...:)

Thursday, October 17, 2013

Lelaki Boroi itu Seksi????

     Ramaila lelaki yang nak boroi lepas ni...he he


Friday, October 4, 2013

SUSULAN DARI KENAIKAN HARGA ROKOK

ROKOK YANG BUAT ORANG BERHENTI MEROKOK? BIOR BETUI!

Buatle apapun. Kalau naik harga, perokok akan kurangkan perbelanjaan benda lain untuk dapatkan rokok. Kalau diharamkan, perokok akan cari di pasaran gelap. Jadi rokok tetap dicintai oleh golongan tertentu.

Sebelum makan starternya rokok. Selepas makan dessertnya rokok. Sebelum ambik air sembahyang, mula dengn rokok. Selepas solat hisap rokok. Dengan awek merokok. Depan isteri merokok. Bersama anak merokok. Dengan taikpun merokok.


Tapi, kata facebooker ini, rokok yang ada gambar macam ini pasti akan mengurangkan bilangan perokok


TIPS PALING MUJARAB DAN BERKESAN UNTUK PEROKOK TEGAR BERENTI MEROKOK...


Posted by Yong

Wednesday, September 25, 2013

Fakta Tentang Tidur


Tahukah anda bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirahatkan tubuh saja. Kurangtidur boleh menbuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh diri.
Jadi?
Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi.

Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa. Masalah gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah anda mendapat tidur yang nyenyak selama seminggu. Tapi jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur.

Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirahat selama 5 jam saja. Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular.Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung.

Biasanya ini akan membuat detak jantung anda tidak normal. Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh. Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan menganti sistem imune.

Pada orang dewasa, kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah ditambah otak tak boleh berpikir dengan betul, banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur. Amboi…bahaya tue. ·

Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

·Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).

· Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan. ·

Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
· Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.

· Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

· Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.

· Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak. · Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.

· Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sadar.

· Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.

  · Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur.

· Suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.

· Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.

Bagaimana mendapatkan Tidur yang Sihat?

1. Persiapkan diri anda dengan memastikan anda dalam keadaan tenang dan santai sebelum anda tidur. Sebelum beranjak ke bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari muzik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu anda bersiap-siap untuk tidur.

2. Pastikan anda mentaati jadual rutin anda dengan tidur dan bangun di waktu yang sama setiap harinya. Tubuh anda akan terbiasa dengan jadual tersebut dan akan terbiasa mempersiapkan tidur yang lena. Pastikan bilik tidur anda dingin dan nyaman

3. Jika anda menghabiskan waktu lebih dari 15 minit di katil anda untuk bersiap tidur, sebaiknya lakukan sesuatu hal yang dapat membuat anda rileks. Akan tetapi jangan anda lakukan diatas kasur. Berada di ranjang saat terjaga malah meningkatkan kekhawatiran kamu tak bisa tidur.

4. Bersenam boleh membuat anda tidur lebih baik, tapi jika senaman itu dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang paling ideal untuk melakukan senaman adalah pada pagi hari. Bersenam pada siang hari akan membuat anda rasa mengantuk. Itu kerana senaman membuat tenaga dalam tubuh meningkat.

5. Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu kemampuan tidur anda.

Thursday, September 12, 2013

Fakta Tentang Sabun

Fakta tentang sabun.

Mandi dan sabun memang tak dapat dipisahkan. Mana taknya kalau mandi tak bersabun macam minum kopi tak bergula.Sabun adalah campuran pencuci yang digunakan bagi kegunaan peribadi kita seharian. Ia biasanya dijual sebagai bentuk ketulan dan serbuk.
Kebanyakan campuran sabun ini adalah sebatian sodium atau garam potassium dari asid lemak yang boleh dihasilkan dari minyak atau lemak dengan bertindak balas dengan alkali (seperti sodium atau potassium hidrosida) pada 80°–100 °C dalam proses yang dikenali sebagai saponifikation. Lemak atu adalah hidrolisis oleh bahan asas, menghasilkan glykerol dan sabun kasar.

Sebelum mengenal sabun, manusia dikatakan mandi dengan menggosokan badan dengan batu-batu halus untuk menyingkirkan kotoran di tubuh. Agar kulit harum dan halus, mereka menaburkan kuntum mawar, melati, kenanga, sirih, dan minyak zaitun ke dalam air.
Kebiasaan ini masih berterusan hingga 1980-an.

Boleh dikatakan pada era ini nenek kebayan memang bayak buat duit dengan menjual minyak wangi untuk mengharumkan badan. Dalam sejarah, alkali yang digunakan adalah potash dihasilkan daripada pembakaran bahan tumbuhan seperti abu kayu.

Sabun ini dihasilkan daripada minyak atau lemak. Sodium Tallowate, bahan biasa dalam kebanyakan sabun, sebenarnya adalah lemak haiwan. Ada juga sabun yang dihasilkan dari minyak sayuran, seperti minyak zaiton.

Cuba banyangkan jika tiada sabun? Badan kita mungkin akan berbau, kotor, dan mungkin terkena penyakit kulit. Berdasarkan ukiran yang terdapat pada tembikar peninggalan tamadun Babylon, bahan-bahan yang terkandung dalam sabun telah dimanfaatkan sejak 2.800 SM.

Dalam Papirus Eber, dokumen tentang kesihatan Mesir Kuno tahun 1.500 SM, masyarakat Mesir Kuno menggunakan kombinasi minyak haiwan atau sebatian dengan garam alkali digunakan untuk menyembuhkan penyakit kulit dan membersihkan badan.

Masyarakat di Eropah Utara, pada abad pertengahan, baru mengenal sabun cair tapi baunya kurang enak. Pada abad ke-13 jenis sabun keras mulai diekspot ke Eropah. Teknologi pembuatan sabun juga ditransfer ke Italia dan Perancis selatan semasa era Renaissance. Di England, menunjukkan lebih dari 180 orang terlibat dalam bisnes sabun. Bisnes sabun mendapat tempat yang istimewa di England. Pada 1622 Raja James memberikan hak monopoli kepada seorang pembuat sabun dengan membayar pendapatan $100.000 setahun.

Salah satu perusahaan yang memperkenalkan sabun produksi industri adalah Unilever, merger antara perusahaan asal England, Lever Brothers, dan perusahaan asal Belanda, Margarine Urine. Produk sabun Unilever adalah Lifebuoy, Lux, Sweetmay, dan Capitol. Unilever membuka anak perusahaan di Jakarta pada 1931. Pesaingnya, P&G, produksi perusahaan Jerman, Dralle –yang pada 1940-an berubah nama menjadi Colibri dan diambil-alih Unilever. · ·

Perkataan”Soap” atau sabun diambil dari bahasa latin“Sapo”,Sapo merupakan nama sebuah gunung –ada juga yang menyebutnya bukit– dalam mitos Romawi Kuno, yang biasa menjadi tempat pemotongan haiwan korban dalam sesebuah upacara.

Ketika hujan, sisa-sisa lemak haiwan itu tercampur abu kayu pembakaran dan mengalir ke Sungai Tiber di bawah gunung. Tak diduga, saat masyarakat sekitar sungai mencuci, mereka mendapati air mengeluarkan buih dan pakaian mereka menjadi lebih bersih. ·

Pada tahun 2008, Pertubuhan Bangsa-Bangsa menetapkan bahawa 15 Oktober setiap tahun sebagai Hari Cuci Tangan Pakai Sabun Sedunia. ·

Pada Tahun 1688 King Louis XIV dari Perancis telah menandatangani perjanjian dengan pengusaha sabun yang dikenali dengan nama signed “Colbert’s Edict”.

Didalam perjanjian tersebut menyatakan pembuat sabun mesti menghasilkan sabun dengan minyak zaitun asli sahaja.

Friday, July 12, 2013

Fadilat Berbuka Dengan Buah Tamar@Kurma

ALLAH SWT telah menjadikan kurma atau tamar dengan banyak keistimewaan dan kelebihannya. Kurma adalah satu mukjizat dan sumber rezeki, manfaat serta memberi kesihatan bagi kehidupan manusia.
Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang menyebutkan kelebihan dan keutamaan kurma. Antara lain Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan gegarlah ke arahmu batang pokok tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.” – (Surah Maryam, ayat 25).

Allah memerintahkan Siti Maryam untuk menggegarkan batang pokok kurma ketika melahirkan anaknya, Nabi Isa as. Tanpa seorang pun yang membantunya, air mengalir di sisinya. Air itu kemudian diambil dan diminumnya sebagai ganti cairan tubuh yang hilang ketika melahirkan Nabi Isa.

Firaun juga memilih batang kurma untuk menyalib orang yang beriman kepada Tuhan Musa dan Harun sebagai azab bagi mereka kerana kekuatan dan kekukuhan yang ada pada pokok itu. Penyihir itu berkata: “Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa.” (Surah Taaha, ayat 70).

Mengenai kurma sebagai buah yang berkat, Rasulullah SAW mewasiatkan kepada umatnya untuk memakannya ketika berbuka puasa. Daripada Salman Ibnu Amir RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkat, kalau tiada, dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Daripada Anas RA berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa rothab (kurma mekar yang dipetik dari pohonnya) sebelum bersolat (Maghrib). Kalau tidak ada rothab, maka dengan beberapa kurma matang (kering), kalau tidak ada, maka dengan beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Tidak diragukan lagi bahawa di sebalik sunnah Nabi SAW ini, ada petunjuk perubatan dan manfaat yang banyak bagi kesihatan dan hukum yang elok dan bagus untuk manusia. Rasulullah SAW telah memilih makanan ini (kurma) atau tamar dan tidak memilih yang lainnya kerana adanya manfaat yang sangat besar dan mulia.

Dalam hadis juga disebutkan keutamaan tamar atau kurma itu. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Rumah yang tidak memiliki kurma adalah rumah yang penghuninya sentiasa berasa lapar.” (Hadis riwayat Bukhari).

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya tamar itu menghilangkan penyakit dan tidak ada penyakit di dalamnya kerana ia adalah tanaman dari syurga yang boleh dijadikan sebagai ubat.”

Sa’ad RA berkata: “Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Siapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah (kurma Nabi), maka akan terhindar daripada racun dan sihir.” (Hadis riwayat Bukhari)

Ibnu Qaiyyim dalam kitabnya Zaadul Ma’ad berkata: “Kurma ialah buah-buahan yang sangat sesuai untuk mengisi perut yang kosong dan mampu memberi tenaga bagi tubuh.

Kurma juga buah yang bermutu tinggi dan bermanfaat bagi kesihatan hati manusia dan dapat menghaluskan tabiat manusia yang kasar.”

Satu kajian dilakukan untuk mengetahui kandungan kimia dan biologis dalam kurma. Kajian itu berkesimpulan bahawa, setiap bahagian kurma yang dimakan mengandungi kandungan zat gula 70-75 peratus, 2-3 peratus protein, 5-8 peratus serat dan sedikit kandungan lemak. Selain itu, dalam penelitian perubatan juga didapati bahawa kurma mengandungi 65-70 peratus air jernih, 24-58 peratus zat gula, 2-2.1 peratus protein, 5.2 peratus serat dan sangat sedikit kandungan lemak.


Wallahu A’lam

Friday, March 15, 2013

Nasihat Rasulullah kepada puterinya

Suatu hari Rasulullah SAW menyempatkan diri berkunjung ke rumah Fatimah RA. Setiba di kediaman putri kesayangannya tersebut Rasulullah SAW memberi salam kemudian masuk.
Ketika itu didapatinya Fatimah sedang menangis sambil menggiling syair (gandum) dengan penggilingan tangan dari batu.
Seketika itu Rasulullah SAW bertanya , “Duhai Fatimah, apa gerangan yang membuat engkau menangis ? Semoga Allah SWT tidak menyebabkan air matamu berderai”.
Jawab Fatimah “Wahai Rasulullah, penggilingan dan urusan rumahtangga inilah yang menyebabkan anakanda menangis”. Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi Fatimah. Kemudian Fatimah berkata, “Duhai ayahanda, sudikah kiranya ayah meminta kepada Ali suamiku mencarikan seorang jariyah (hamba perempuan) untuk membantu anakanda menggiling syair (gandum) dan menyelesaikan pekerjaan rumah “. Maka bangkitlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Dengan tangannya baginda mengambil segenggam syair (gandum) kemudian diletakkannya di penggilingan seraya membaca basmalah. Ajaib, dengan izin Allah penggilingan tersebut berputar sendiri.

Sementara penggilingan itu berputar, Rasulullah SAW bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa, sehingga habislah butir-butir syair (gandum) itu tergiling.
“Berhentilah berputar dengan izin Allah SWT”. Maka penggilingan itupun berhenti berputar. Lalu dengan izin Allah SWT penggilingan itu berkata-kata dalam bahasa manusia, “ Yaa Rasulullah SAW , Demi Allah yang telah menjadikan Tuan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya.

Kalaulah Tuan menyuruh hamba menggiling syair dari timur hingga ke barat niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT, ‘Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah para malaikat yang kasar lagi keras yang tidak mendurhakai Allah akan apa yang diperintahkan dan mereka mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya’. Maka hamba takut ya Rasulullah jika kelak hamba menjadi batu dalam neraka”.

Dan bersabdalah Rasulullah SAW, “Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fatimah az-zahra di dalam surga”. Maka bergembiralah batu penggilingan itu dan kemudian diamlah ia. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada Fatimah, “Jikalau Allah SWT menghendaki niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan-Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya beberapa darjat untukmu.
 
• Wanita yang menggiling tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat.”. Kemudian Rasulullah SAW meneruskan nasihatnya,

• “Wahai Fatimah, wanita yang berkeringat ketika menggiling gandum untuk suaminya, Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh parit.

• Wanita yang meminyaki dan menyisir rambut anak-anaknya serta mencuci pakaian mereka Allah SWT mencatat sebagai orang yang memberi makan seribu orang lapar dan memberi pakaian seribu orang telanjang.

• Sedangkan wanita yang menghalangi hajat tertangga-tetangganya, Allah SAW akan menghalanginya dari meminum air telaga kautsar di hari kiamat”. Rasulullah SAW kembali meneruskan,

• “Wahai Fatimah, yang lebih utama dari semua itu adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jika suamimu tidak redha, maka aku tidak akan mendoakan kamu.

• Tidakkah engkau ketahui, redha suami adalah ridha Allah SWT, dan kemarahannya adalah kemarahan Allah SWT”.

• “Apabila wanita mengandung janin, maka beristighfarlah para malaikat dan Allah SWT mencatat tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapus seribu kejahatannya.

• Apabila ia sakit hendak melahirkan, maka Allah SWT mencatat pahala orang – orang yang berjihad.

• Apabila ia melahirkan maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya ketika ibunya melahirkannya.
• Apabila ia meninggal, maka tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun. Kelak akan didapati kuburnya sebagai taman dari taman-taman surga. Dan Allah SWT mengurniakan pahala seribu haji dan seribu umrah. Dan beristighfarlah seribu malaikat untuknya di hari kiamat.

• “Wahai Fatimah, wanita yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati serta ikhlas dan niat yang benar, maka Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya. Dan Allah SWT akan mengenakannya sepasang pakaian hijau, dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut di tubuhnya seribu kebaikan.

• Wanita yang tersenyum di hadapan suaminya, Allah SWT memandangnya dengan pandangan rahmat”.

• “Wahai Fatimah, wanita yang menghamparkan alas untuk berbaring atau mengemas rumah untuk suaminya dengan baik hati, berserulah malaikat untuknya, “teruskanlah amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu dari dosa yang lalu dan dosa yang akan datang.“

• “Wahai Fatimah, wanita yang menyapukan minyak pada rambut dan janggut suaminya serta rela memotong kumis dan menggunting kuku suaminya, Allah SWT memberinya minuman dari sungai-sungai syurga, Allah SWT meringankan sakaratulmautnya dan kuburnya akan menjadi taman dari taman-taman syurga. Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka, selamat dari lilitan siratal mustaqim”.

Ditulis oleh Ashari | Artikel sufi

Thursday, February 7, 2013

10 Makanan yang menggemukkan Di Malaysia

10 Makanan yang paling menggemukkan di Malaysia. Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut?
Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?
1. Nasi Lemak. Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?




2. Roti Canai. Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.


3. Nasi Goreng. Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim. Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly. Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari. Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.


7. Makanan bergoreng. Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis. Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut. Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis. Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan! Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil.

Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri. Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

Info dari Kevin Zahri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...