Wednesday, October 31, 2012

Berita : Kereta terbakar ketika isi NGV

Batu caves - Sepasang suami isteri dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila kereta jenis Iswara yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian jam 8 malam kelmarin. Mangsa, R Tehinagaran berkata, kejadian berlaku sewaktu dia berhenti di sebuah stesen minyak di sini untuk mengisi gas NGV.

Katanya, dia yang dalam perjalanan dari Bandar Country Homes ke rumah mentua di Pahang menyedari saluran gas itu bocor dan memaklumkan kepada pekerja stesen minyak. “Pekerja cuba menutup saluran utama itu namun gagal menyebabkan hos mengeluarkan api dan menyambar terus kepada enjin kereta. “Saya dan isteri berada di luar kenderaan manakala anak (T Priyadharyshyini) berada dalam kereta bertindak melompat keluar menyelamatkan diri,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui ketika kejadian.

Insiden menyebabkan Tehinagaran mengalami kecederaan kecil apabila tangan dan kepalanya melecur manakala anak dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan. “Kejadian menyebabkan anak saya trauma kerana masih terkejut dengan insiden yang berlaku. “Dianggarkan lebih RM10,000 kerugian dialami apabila dua telefon bimbit, GPS dan alat permainan DVD hangus dalam kebakaran,” katanya. Sejurus kejadian, dua jentera bomba dari Gombak Selatan dan Selayang tiba di tempat kejadian

ermmm....blueberry cheese tart

Kali ni nak entri...koleksi cheese tart hasil kerja tanganku... : ))
Yang kat atas nie hasil kerja masa baru pandai buat cheese tart nie..x pandai lagi buat lorekan kat atas cheese tart..tu..pastu pegi usha2 kat blog masakan...terjumpa la blog Azlita Masam Manis...terimakasih la kat die sebab tutorial dalam blog die tu memang berguna...akhir terhasilla...corak lorekan di bawah nie tapi xde la seindah Azlita yang kerja tangan nye memang mengagumkan.



 
 
 
 
Sesape yang teringin nak cuba buat sendiri resepi boleh tengok kat entri yang dulu..tapi kalau yang malas nak buat sendiri nak tempah pun ok gak..boleh email aje na_am70@yahoo.com.

Tuesday, October 23, 2012

Setelah lebih 25 tahun...

Setelah lebih 25 tahun...kami bertemu kembali walaupun bukan kesemua dapat dikumpulkan namun..ia sesuatu yang menyeronokkan...kembali bertemu mengimbau kisah2 lalu....banyak kisah suka dan duka ianya satu pengalaman persekolahan yang indah...walaupun aku bukan la antara 'top student'  namun tetap bangga dengan kejayaan rakan2 yang lain..minggu lepas menemukan kami semula dan yang paling tak disangka dapat bertemu semula dengan guru masa darjah enam...jom layan jap..gambar-gambar zaman 80an..ni..

Yang nie lupa dah...rasanya darjah 5 juga...ni cikgu ganti..Cikgu Jumat klu x salah la..maklumla dah lama..ingat2 lupala....


Yang ni gambar masa darjah 5 Guru kelas ni namanya Cikgu Hanifah....


Kat bawah ni pula masa darjah 6..gambar habis pertunjukkan persembahan akhir tahun... boria tu jangan ingat orang penang je pandai boria...orang selangor pun pandai gak..he he yang kesebelah tu la Cikgu kelas kami masa darjah 6...Cikgu Mohsin..credit to FB la..sebab menemukan murid2 dan guru.
 
 
 v
v
v
v
v
v
Yang kat bawah nie gambar terbaru...setelah lebih 25 tahun....pergggh..lama tu baru dapat jumpa..terimakasih buat Noraini kerana meminjamkan rumah beliau untuk pertemuan ini...masa nie 2 orang rakan kami dah balik awal...tak sempat la nak bergambar dengan Cikgu Mohsin & isteri. 



Wednesday, October 17, 2012

Jom kita berpantun :)-

Last friday....dengar si fara & nana & khiriah dok berpantun2 kat hot fm tu...teringin la nak kongsi pantun nie..mmg mcm konfius sikit pantun nie ......yerla....sekadar nak lepas tensen ok la...

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah J
angan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang.. gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Kek Oren Blended

Last weekend rasa nak membaking lak..tgk ade balance buah oren...so dgn semangat rajin terhasil la kek oren yang mudah sangat masuk blender jer....tapi macam lembab lak..agaknye guna telur besar sangat sbb guna telur AA kot..he he ...sebelum ni buat guna size A jer..
Caranya  senang jer..apa yang diperlukan...

1 bji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus (klu xnak kencing manis kurangkan sukatan gula nie..)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum* 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

pastu tu masukkan limau yang diambil isinya...dan sagat kulitnya...minyak..gula..telur dalam blender kisar sampai halus...(jangan guna blender yg lepas blend cili lak..) bila dah halus..tuangkan adunan dalam mangkuk besar...masukkan campuran tepung dalam adunan blend tadi..sikit2 sambil dikacau sebati..pastu jangan lupa panaskan oven..tuangkan dalam loyang yang beralas dan digris..bakar selama 40 minit atau sampai masakla dengan suhu 170 celsius....dah masak.. so hasilnya macam kat atas tu la..ok la buat minum2 petang..

Thursday, October 4, 2012

Pokok Pandan dan kegunaannya

Banyak juga kegunaan daun pandan nie.....ingatkan guna untuk masakan jer....itupun kadang2 jer digunakan....maklumlah kalau nak masak makanan yang gunakan kan pandan nie kena belilah pandannya....klu bole tanam sendiri kan best.. dok umah bertingkat2 nie....memang xderla hati la nak tanam2 sendiri. errmmm sudahnya beli je.

Kegunaan pokok pandan

1) Makanan:

a) Airperahan daunnya daunnya boleh digunakan membuat kuih2 tradisional seperti kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka (bengkang,kata orang utara)
b) Daunnya yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ,ketupat, bakar ayam
c) Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara),nasi lemak, nasi putih, sirap, berbagai jenis bubur


2) Pelbagai:

a) Pewangi bedak sejuk
b) Pewangi asli bunga rampai
c) Ubat pencegah lipas - Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.
d) Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.


3) Ubatan:

a) Lemah saraf - ambil 3 helai daun muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gela ). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
b) Buang angin dalam badan : Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
c) Gelisah : Ambil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
d) Rambut gugur: Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia ) e) Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
f) Kelemumur: ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.

Tuesday, October 2, 2012

Oh my English...


Bila dapat email beza english british & english malaysia..senyum gak lak..... teringat cite Oh my English...bolehla layan jap buat ilang stress he he....





Who says our English is teruk? Just read below - Ours is simple, short, concise, straight-to-the-point, effective etc.

WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS
Britons: I'm sorry, sir, but we don't seem to have the sweater you want in your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.
Malaysians: No stock.

RETURNING A CALL
Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone call for me a few moments ago?
Malaysians: Hello, who call?

ASKING SOMEONE TO MAKE WAY
Britons: Excuse me, I would like to get by. Would you please make way?
Malaysians: S-kew me.

WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY
Britons: Hey! Put your wallet away, this drink is on me.
Malaysians: No need lah.

WHEN ASKING FOR PERMISSION
Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door?
Malaysians: (pointing at the door) Can ah?

WHEN ENTERTAINING
Britons: Please make yourself right at home.
Malaysians: No need shy shy one lah!

WHEN DOUBTING SOMEONE
Britons: I don't recall you giving me the money.
Malaysians: Where got?

WHEN DECLINING AN OFFER
Britons: I would prefer not to do that, if you don't mind. Malaysians: Don't want lah


IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION
Britons: Err...Tom, I have to stop you there. I understand where you're coming from, but I really have to disagree with what you said about the issue.
Malaysians: You mad ah?

WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE.
Britons: Excuse me, but could you please lower your voice? I'm trying to concentrate over here. Malaysians: Shut up lah!

WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU.
Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for sometime. Do I know you?
Malaysians: See what, see what?

WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION.
Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment..
Malaysians: Die lah!!


WHEN SOMEONE DID SOMETHING WRONG Britons: This isn't the way to do it. Here, let me show you.
Malaysians: Like that also don't know how to do



tapi...bila dah abis baca ni dok sibuk layan google...terjumpa lak.. statement nie aduih amat pedih..menusuk.. sememang nya diri ini terlalu banyak broken..AL QURAN..hu hu huuuh...


Monday, October 1, 2012

Creative things..

Citer tentang benda creative ...terjumpa lak gambar2 nie...memang creative sape yg cipta benda2 nie..
Jom layan jap...gambar2..

It is a cake...??

Gambar kek ni diambil dari email yang dikirim oleh rakan..  few weeks ago...cantik sangat fondant cake nie...tangan yang menghasilkan kek2 nie memang creative..teringat lak kat blogger Masam Manis..orangnya memang creative ..aper yang dimasak..nampak begitu indah dan sedap..jer..hasilnya.

Mari layan gambar kek-kek ni...

There are no words to describe this photo - Mother & Son

Bila lihat gambar nie..sayunye dan pilu...baru terasa bertuahnya  dan bernasib baik nya kehidupan kita ini...

Bersabar dengan keluarga adalah cinta
Bersabar dengan orang lain adalah hormat
Bersabar dengan diri sendiri adalah keyakinan
Bersabar dengan Allah adalah Iman.

Memang tiada perkataan yang boleh diluahkan untuk mengambarkan suasana nie..sesungguhnya kehidupan terlalu berharga dan gambar ini memberikan kesedaran betapa beruntungnya kita dalam kehidupan ini.

Trifle....entri yang terlewat

Masa mak buat kenduri tahlil bulan raya aritu...adela buat trifle...snap guna kamera hp cap ayam..x clear sangatlah gambarnyer kabur2 gitu..
tengok tu kan blur jer picture tu..guna buah pic & kiwi...tak guna fruit koktailpun...sbb buah kiwi & pic je yang ada dalam simpanan..
Resepiyer simple jer..

Trifle simple

Apa yang anda perlukan ialah:
1 gulung swiss roll
1 tin fruit coktail
1 tin susu cair
1 kotak kristal jeli perisa yang disukai..guna perisa strawberry jenama NONA
3 sudu besar tepung kastard
400 ml air panas
2-3 sudu gula pasir

Caranya :

Potong swiss roll yang dibeli je..nak buat x pandai lagi...pastu susun dalam bekas rapat-rapat
Fruit coktail tu ditapis..air nyer masakkan bersama -sama susu cair, gula & tepung kastad..kacau hingga hampir pekat
Tuangkan adunan kastad tadi atas lapisan kek  swiss roll tadi dan menutupi keseluruhan kek tadi
Letakkan pula fruit coktail yang ditapis tadi..biarkan sejuk sekejap
Sementara tu masakkan jeli dengan 400ml air  hingga larut..kemudian tuangkan atas lapisan kastad
dan terbentuklah satu lapisan warna merah...sbb guna perisa strawberry..klu guna perisa oren color oren lah jadinye..hehe
Simpan dalam peti sejuk..sedia dihidang dan dimakan..yum yum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...