Tuesday, January 28, 2014

Masak Untuk Makan Petang-petang

Cuti-cuti ni terajin lagi masak..he he ala..roti terlebih tu yang rajin masak puding roti nie..




Puding Roti

Bahan-bahan

8 keping Roti * 500 ml Susu segar * 4 sudu besar Gula halus * 2 sudu besar Butter- cairkan * 2 biji Telur * 1 sudu teh Esen vanilla * 1 sudu besar Tepung Jagung * 1 sudu kecil serbuk cinnamon (optional) * 2 sudu besar Kismis

Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

Cara-caranya

Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
Taburkan kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.

Tuang ke atas puding roti bole simpan dalam peti sejuk sekejap..lagi sedap...lupa la nak snap pic kuah kastad. 

Thursday, January 23, 2014

" SMILE GIVEAWAY BY AMIRAH " :)



-Tekan Banner-

2 Hadiah Yang Dipilih :
A)
B)
Giveaway ini dianjur oleh Amirah dan di taja oleh Opzzpinky, Nad, Hu Da, Mardiah,
Widad, Nazirah, Cik Mar, Aliah, Humai, Aina, Izzah, Nieda, Eymasu,
Zamalianshoppe, Eme, RR, BBB, UKS, Niena, CYC, Ina,
Red Cherry House

Tarikh Tamat : 30/1/2014


Tuesday, January 21, 2014

Pergi AROMA Ikan Bakar, Jeram

Minggu lepas makcik belanja makan kat Aroma ikan bakar sempena besday die...aku jer baru 1st time sampai kat situ padahal xde la jauh..dari rumah..dorang kata kalau weekend ramai orang makan kat situ..masa nie kitaorang pegi pun weekdays..so kurang sikit orang. Tapi aku terlupa  nak snap picture makanan yang kita orang makan..Menu malam tu..kitaorang makan Ikan Siakap 3 Rasa , Sotong Goreng Tepung, Udang masak..aper aku lupa lak namanya rasa macam masam manis jer yang lain tu Ikan Cencaru, Ikan Pari & Kerang Bakar. Okla sedap sikit dari Restoran Kat sebelah tu..he he.
Okla..restorannya luas..cuma pekerja jer kurang kot..sebab masa kitaorang sampai kena pergi cari pelayan suruh ambil pesanan air minuman.


 






Monday, January 20, 2014

Masak-masak untuk minum petang

Cuti-cuti ujung minggu ni rajin lak memasak..he he.. teringin lak nak makan puff apple.. tak cantik la macam Mat Gebu punyer...pinjam resepi die gak nie..


 
Apple Pastry Puff

INTI :-)
2 biji epal hijau 1 1/2 camca besar gula perang @ soft brown sugar 1 camca besar kismis 1 camca besar penuh mentega 3/4 camca besar tepung jagung 1 inci kulit kayu manis (optional)


BAHAN LAIN :-)
8 keping puff pastry jenama KAWAN bersaiz 4 inci x 4 inci Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK INTI :- Kupas epal, buang empulur dan dadu kecil. Panaskan mentega dalam periuk, goreng epal bersama kismis, kulit kayu (optional) dan gula perang hingga epal lembut. Kalau suka boleh letak sedikit jus lemon, tapi mat tak letak sebab epal tu dah ada rasa masam2 sikit. Masak hingga epal lembut. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga pekat

UNTUK PASTRY PUFF :- Letakkan inti pada sebelah bahagian pastry puff  kemudian lipat berbentuk segi tiga, tekankan dengan garpu ditepinya ,kelar2kan bahagian atasnya sapu dengan telur masukkan dalam loyang.Buat hingga habis dan bakar pada suhu 190C selama 20-25 minit atau kuning keemasan.




Cheese Tart nie...buat letak jam strawberry jer...lepas tu kulit tart tu aku letak color pink..he he..macam comel jer..bila letak color .



 
Roti John nie..aku buat untuk sarapan sebenarnya he he....simple jer...saper yang teringin nak buat resepi ada nie..:)
 
bahan-bahan : untuk 1-2 orang makan
  • 2 keping roti hotdog (dibelah dua tapi jangan sampai putus. Sapukan dengan sedikit mentega jika suka)

  • bahan inti :
  • 2 keping beef/chicken burger ( di cincang halus2 lepas tu tumis dengan hirisan bawang)
  • 2-3 biji telur (dipukul sedikit) 
  • hirisan bawang besar/Holland
  • hirisan daun sup
  • 1/2 sudu makan sos cili
  • sedikit garam
cara-caranya

  • bahan bahan inti tadi masukkan dan satukan semua bahan inti tadi
  • kemudian panas kan mentega/minyak atas kuali leper
  • dadarkan adunan telur (bahan inti) bila telur agar kering 1/2 masak tekapkan roti di atas telur tersebut
  • Angkat dan terbalikkan roti tadi..hiaskan dengan tomato atau sayur lain pun bole ikut citarasa korang...(aku tak letak sayur pun) letakkan sos cili & mayonis.
  • Potong roti pada tiga bahagian  dan siap untuk dimakan.



 
 

Thursday, January 9, 2014

SEGMEN: Bloglist 2014 by Kiera Rashid



P/S ***Hari ni join segmen lagi..comel tengok banner die ni..sesapa yang nak join segmen yang senang nie..pegi ke http://dewqracintakita.blogspot.com
Boleh join sehingga 21/1/2014.

Friday, January 3, 2014

Musim Tersepit???

 
P/S **Mak AYah dok ..tersepit terhimpit dengan dengan kos sara hidup yang tinggi .. anak murid pula tersepit di kerusi sekolah...:)
 

Thursday, January 2, 2014

Tahun 2014



P/S **Walaupun 2014 tahun mencabar & tahun "naik"...namun hidup harus diteruskan juga dengan harapan baru semangat baru..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...