Wednesday, January 18, 2012

Nak kongsi info lagi...

Lama tak bersiaran..kat sini..buzy la pula dengan hobi baru..ade sikit tempahan..:)
jom layan..info2 ni dihantar oleh rakan2 email ku..


Berkata yang baik atau diam
selatanonline
Oleh Jarjani Usman

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata yang baik atau diam” (HR. Imam Bukhari & Imam Muslim).

Sangat menyenangkan hidup ini bila mampu merasa diri aman dari segala gangguan. Menyadari hal ini, banyak orang berusaha mencari tempat tinggal yang aman atau melengkapi diri dengan dengan berbagai alat pengamanan. Namun, yang demikian juga sebenarnya bukan kunci keamanan diri, bila belum mampu menyelamatkan diri dari gangguan diri sendiri.

Sebagaimana diisyaratkan dalam hadits Rasulullah sallallu ‘alaihi wasallam, manusia sering tidak aman oleh lidahnya sendiri. Lidah bisa menjadi sumber banyak gangguan hidup manusia, sebagaimana sabda Nabi SAW, “Kebanyakan kesalahan anak Adam adalah pada lidahnya” (HR. Thabrani). Tak terbantahkan dalam kenyataan, lidah seringkali menjadi penyebab timbulnya sakit hati orang lain dan bahkan menjadi penyulut timbulnya perpecahan umat dalam skala besar. Tentunya, lidah yang dimaksud adalah yang dimiliki orang-orang yang tak (sepenuhnya) beriman kepada Allah.

Lidah orang-orang demikian digambarkan cenderung banyak dan gampang berbicara, tetapi sedikit atau bahkan tidak ada manfaatnya bagi kebaikan. Bila sedikit kebaikan, maka yang banyak adalah keburukan. Dalam ketiadaan kebaikan, yang ada adalah keburukan yang membahayakan. Sebab, keburukan adalah dosa, yang sebahagian balasannya ditimpakan di dunia.

Namun demikian, disebutkan dalam hadits bahwa menyelamatkan diri dari bahaya lidah bukan selamanya berarti diam. Bahkan, diam di saat penting berbicara juga merupakan tindakan berbahaya. Akan tetapi berbicara, asalkan mampu memastikan kebaikannya. Dengan cara demikian, insya Allah kita juga bisa mempertanggungjawabkan pemanfaatan lidah.


Resepi ubat bagi 1001 macam penyakit Catatan oleh مستقيم محمد نجيب

Untuk tajuk kali ini, beberapa kaedah resepi pengubatan sebagaimana yang telah disebut di dalam hadis akan dihuraikan. Ini kerana, ada sesetengahnya hanya disebut tetapi tidak tahu pula bagaimana pula cara penyediaannya, apakah pula rupanya. Sebagaimana tajuk tamar hindi, ramai yang tidak tahu tamar hindi itu ialah asam jawa (tamarind).

Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya. Barang siapa di kehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya. Benar, tidaklah seorang Muslim yang tertimpa musibah melainkan Allah akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya. "Allah berfirman; "Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan penyakit pada kedua matanya, kemudian ia mampu bersabar, maka Aku akan menggantinya dengan syurga. Sesungguhnya sakit itu adalah kafarah iaitu penyucian dosa-dosa. Golongan yang masuk syurga tanpa hisab dan adzab adalah yang tidak minta diruqyah, dikay dan tidak melakukan tathayyur serta bertawakkal kepada Rabb dengan sempurna.

"Janganlah salah seorang dari kalian mengharapkan kematian kerana musibah yang menimpanya, kalau memang hal itu harus, hendaknya ia mengatakan;
اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي

Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu baik bagiku.

Orang yang tidak minta diruqyah itu redha dengan ujian Allah dan menganggap semua sakit yang dialami adalah sebagai kafarah iaitu penyucian dosa-dosa. Lagi lama menderita sakit, lagi banyak dosa terhapus termasuk dosa-dosa besar. Oleh sebab itu, ia masuk syurga tanpa dihisab. Namun ada syaratnya iaitu apabila sakit, ia tidak mencela sakitnya walaupun perkataan "aduh, sakitnya! Kenapalah sakit yang amat ini!" atau selalu menurut nafsu amarahnya, contohnya apabila ia sakit gigi, ia tidak minta diruqyah mahupun pergi berjumpa doktor gigi, tetapi pantang rasa terganggu, mula melenting tak tentu fasal.

Jenguklah saudara yang sakit

Rasulullah telah memerintahkan kita untuk menjenguk pesakit tak kira bangsa dan agama. Ketika Abu Thalib hendak meninggal, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam datang menjenguknya.

Mendoakan pesakit

Letakkan tangan di atas keningnya kemudian usap wajah dan perutnya sambil berdo'a:
Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanahdari Manshur dari Ibrahim dari Masruq dari Aisyah radhiallahu 'anha bahawa apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjenguk orang sakit atau ada orang yang sakit datang kepada beliau, beliau berdoa:
أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

(Hilangkanlah penyakit wahai Rab sekalian manusia, sembuhkanlah wahai zat Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dari-Mu, yaitu kesembuhan yang tidak membawa rasa sakit)."(Hadis Riwayat Bukhari)

Setiap penyakit ada ubatnya.

Sebaik-baik sesuatu yang digunakan untuk berubat adalah bekam dan terapi kayu gaharu (الْقُسْطُ الْبَحْرِيُّ).
Apa kelebihan bekam, sudah pun sedia kita maklum iaitu mengeluarkan racun, darah kotor dan darah beku di dalam badan yang menjadi punca penyakit. Dengan memerangkap darah dan racun yang lebih kental dari darah, kemudian dilakukan siatan dengan mata pisau untuk disedut keluar racun dan darah beku. Sesungguhnya padanya terdapat ubat. Allah tidak akan menurunkan penyakit melainkan menurunkan ubatnya juga.

Terapi kayu gaharu (الْقُسْطُ الْبَحْرِيُّ) dan minyak gaharu (الْعُودِ الْهِنْدِيِّ)

Padanya terdapat ubat dari tujuh macam jenis penyakit, di antaranya adalah merawat sakit kerongkong (sama ada tongsil atau nanah keluar dari mulut) dan pleurisy iaitu radang penyakit paru (dada) atau radang selaput dada dan kesakitan berlaku semasa bernafas atau batuk. Bagi sesiapa yang menghidapi sakit kerongkong hidulah (melalui hidung) ia dan sesiapa yang mengidap penyakit pleurisi, letakkan ianya pada bahagian di sebelah tepi di dalam mulut. Kayu gaharu juga dapat dijadikan ubat salap bagi merawat jangkitan campak (smallpox), merawat demam kuning (jaundice) dan sengal-sengal badan, merawat penyakit darah gemuruh (heart palpitation) dan sebagai tonik diminum semasa mengandung dan selepas melahirkan bayi dan merawat penyakit-penyakit pada alat kelamin wanita.

Habbatus sauda' (jintan hitam)

Terdapat ubat dari segala penyakit kecuali kematian. Ambillah lima atau tujuh biji habbatus sauda', lalu tumbuklah hingga halus, setelah itu di sertai dengan titisan minyak. Minyak yang paling elok ialah minyak zaitun. Pohon kayu keluar dari Thursina (pohon zaitun), yang menghasilkan minyak, dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan.

Air Penawar Dari Allah

Demam itu berasal dari tiupan neraka jahannam, maka redakanlah dengan air. Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan supaya mendinginkan dengan air sama ada menyapukan di muka, badan, tangan, kaki mahupun dimandikan. Malah, keajaiban air juga dapat menyembuhkan penyakit kulit, gangguan syaitan dan penyakit kemurungan dengan izin Allah sebagaimana firman Allah kepada rasulNya Nabi Ayyub ketika baginda berdoa ke hadrat Tuhan-nya sebagaimana di dalam surah Shood ayat 41 dan 42:
وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ
ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ

"Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan". Lalu Allah berfirman, “Hentamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum".

Talbinah

Sesungguhnya talbinah (adunan yang terbuat dari gandum dan buah kurma) itu dapat menyembuhkan hati yang sakit dan menghilangkan kesedihan. Talbinah adalah ubat yang tidak di sukai namun sangat bermanfaat. Masaklah sup (sup daging) kemudian dituang ke atasnya Talbinah kerana sesungguhnya al-Talbinah melegakan hati dan menghilangkan sebahagian kesedihan. Juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung dan selepas melahirkan anak. Talbinah ialah air dari tepung barli yang dikisar. Dipanggil dengan Talbinah kerana ia menyerupai susu pada warnanya yang putih dan keadaannya yang cair. Kadang-kadang dicampurkan ke dalamnya madu.


Ramuan dan resipi talbinah adalah seperti berikut;
1. Kisaran kacang barli (tepung barli)
2. Madu
3. Susu (kambing/unta)
4. Sedikit air
Gaul tepung barli dan air di dalam periuk di atas api yang sederhana. Apabila sudah likat, masukkan madu. Kemudian akhir sekali masukkan susu dan gaul hingga likat. Jika suka, boleh tambah hirisan kurma ajwa.

Madu Penawar Manis Dari Allah

“Dia yang mengeluarkan dari perut-perut (lebah) minuman yang berbagai warnanya, padanya ada penyembuhan untuk manusia.” (al-Nahl: 69). Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sangat menyukai manisan dan madu.

Tuesday, January 3, 2012

Cuba Masak Cream Puff...:)





Aritu dok tengok Masterchef masa ujian kemahiran peserta kena masak dessert...cream puff..tgk sample yang kat meja chef tu ..cam sedap je..so tgk peserta buat..apalagi abis masterchef godek buku resepi..selak2 terjumpa resepi yg ku pinjam dari yani@myresepi.. dah lama ambik pinjam..tapi x pernah nak buat..semalam..kebetulan xde ape nak buat try la buat..tapi letak cream kastad je..xde buah..dan xde hiasan macam kat mastercheff tu..sbb xder buah2 nyer..hu hu...tapi ok la..cuma x pandai nak paipkan..ade besar ade yg kecil itupun suruh anak dara ku yg bentukkan.. he he tengok la hasilnye..ermm



Masih belum letak intinya..masa letak inti lupa nak shot the photo..lak..

Cream Puff
Sumber : yani@myresipi.com
Bahan-bahan ( 10 biji )
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)
Cara-cara
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.

1. Ayaklah tepung.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
3. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
4. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
5. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
6. Masukkan telur, kacau cepat-cepat, hasilkan adunan yang tidak terlalu lembut atau terlalu pejal.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Anggaran diameternya ialah 5cm. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...