Tuesday, January 3, 2012

Cuba Masak Cream Puff...:)





Aritu dok tengok Masterchef masa ujian kemahiran peserta kena masak dessert...cream puff..tgk sample yang kat meja chef tu ..cam sedap je..so tgk peserta buat..apalagi abis masterchef godek buku resepi..selak2 terjumpa resepi yg ku pinjam dari yani@myresepi.. dah lama ambik pinjam..tapi x pernah nak buat..semalam..kebetulan xde ape nak buat try la buat..tapi letak cream kastad je..xde buah..dan xde hiasan macam kat mastercheff tu..sbb xder buah2 nyer..hu hu...tapi ok la..cuma x pandai nak paipkan..ade besar ade yg kecil itupun suruh anak dara ku yg bentukkan.. he he tengok la hasilnye..ermm



Masih belum letak intinya..masa letak inti lupa nak shot the photo..lak..

Cream Puff
Sumber : yani@myresipi.com
Bahan-bahan ( 10 biji )
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)
Cara-cara
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.

1. Ayaklah tepung.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
3. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
4. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
5. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
6. Masukkan telur, kacau cepat-cepat, hasilkan adunan yang tidak terlalu lembut atau terlalu pejal.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Anggaran diameternya ialah 5cm. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.