Tuesday, July 3, 2012

Khasiat Buah Anggur

Suka makan anggur...nak tahu juga aper khasiatnye..

MARI kita cerita-cerita tentang buah anggur.

Di Mesir, ketika ini memang merupakan kemuncak bagi musim buah anggur, jadi rasanya elok saya kongsikan segala khasiat yang terkandung di dalam buah anggur ini.

1. Kurangkan risiko serangan jantung. – Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.

2. Mengurangkan kolesterol tubuh – Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.

3. Mengatasi masalah sembelit – Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.

4. Buah pinggang yang sihat – Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).

5. Kanser payu dara – Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah mereka diberi makanan anggur, didapati anggur juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara.

6. Alzheimer Resveratrol, sejenis polyphenol, didapati menurunkan beta amyloid di dalam pesakit alzheimer. Anggur juga pada hakikatnya membantu kesihatan otak manusia.

7. Mencegah jangkitan – Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.
8. Risiko kanser Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser

Mutiara kata yang nak dikongsi

Salam...
Perasaan "M" sudah melanda..tu yg lama tak update blog nie..hari nie nak kongsi info lagi..untuk peringatan pada diri sendiri juga.


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...