MARI kita cerita-cerita
tentang buah anggur.
Di Mesir, ketika ini
memang merupakan kemuncak bagi musim buah anggur, jadi rasanya elok saya
kongsikan segala khasiat yang terkandung di dalam buah anggur ini.
1. Kurangkan risiko serangan
jantung. – Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide
yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah.
Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.
2. Mengurangkan kolesterol tubuh – Anggur
mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk
mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.
3. Mengatasi masalah sembelit – Anggur juga
mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan
membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.
4. Buah pinggang yang sihat – Selain itu,
anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh.
Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan
mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).
5. Kanser payu dara – Melalui kajian
yang dijalankan ke atas tikus setelah mereka diberi makanan anggur, didapati
anggur juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara.
6. Alzheimer – Resveratrol,
sejenis polyphenol, didapati menurunkan beta amyloid di dalam
pesakit alzheimer. Anggur juga pada hakikatnya membantu kesihatan otak manusia.
7. Mencegah jangkitan – Anggur
mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan
pelbagai jenis penyakit.
8. Risiko kanser – Flavonoids yang terkandung di dalam
anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins
and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak
mengurangkan risiko pertumbuhan kanser
No comments:
Post a Comment