Wednesday, January 23, 2013

Cuba resepi kekawan lagi...

As salam...kali ni nak entri resepi yang dah tertunggak..dah lama buat..baru kesempatan...aritu cuba buat Lapis Cheezy...pinjam resepi dari bakery2embroidery.blogspot.com ambil resepi tahun lepas lagi..tapi tahun ni baru terhasil dari tangan ku...
tanganku masih tak kreatif...guna buah anggur jer..sebab anak2 x suka buah kiwi...nak beli strawberry..xde musim la kat kedai area umah nie..:)-
resepi nie simple..sebab dessert nie x perlu dimasak..
>  Lapis Cheezy
Sumber : Khatijah Kamaruddin
Pinjam resepi dari bakery2embroidery

Bahan2 Bahan A
250gm cream cheese - suhu bilik
100gm susu pekat manis - bleh kurangkn ikut citarasa
300gm whipping cream - bleh je gantikan ngn non-dairy whipping cream tp kurangkn susu pekat

Bahan B
10gm gelatin 40gm air panas - taburkn gelatin dlm air panas & kacau sebati. Klau x larut sepenuhnya, double-boilkn campuran gelatin + air panas hgga gelatin larut sepenuhnya

Bahan C Biskut Marie @ apa2 jenis biskut kegemaran
Jem - perisa ikut suka. Akak x guna jem.
Buah-buahan segar - saya guna anggur jer..

  Cara2
1. Pukul cream cheese & susu pekat hgga sebati & berkrim
2. Masukkn whipping cream & pukul sebati
3. Masukkn adunan gelatin & pukul perlahan hgga sebati
4. Ambil sedikit adunan & masukkn ke dalam bekas @ cawan. Pastu letakkn biskut diikuti dgn jem @ strawberry concentrate.
5. Ulang Langkah 4 hgga hampir memenuhi bekas. Ikut la berapa lapis nk. Akhir sekali, hiaskn dgn hirisan buah-buahan segar.
6. Sejukkn hgga keras.. lbh kurang 2 - 3 jam dh ok dh. Pastu bleh la ngap.. yummy....

 
 
Kek Gula Hangus ni buat dah lama..yang nie ambik dari myresepi..sebelum nie buat guna resepi dari sepupu..tapi banyak sangat guna telur sampai 10 biji..besar lak klu nak makan sendiri..jumpa la k resepi nie dari myresepi..dah lama sangat simpan resepi ni... tapi x sempat perap 2 -3 jam..perap sejam..je tapi ok la..jadi gak..

KEK GULA HANGUS
Bahan-bahan ( 6 orang )
· 1 cawan gula · 1 cawan air panas · 1 cawan tepung gandum · 1 cawan susu pekat · 2 camt soda bikarbonat · 4 biji telur · 2 camb mentega

  Cara-cara
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam. (UNTUK MENDAPATKAN SARANG YG BANYAK PADA KEK)
9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

Selesema: Awas, telefon bimbit juga punca jangkitan


                                                           Gambar dari Google
 
TUCSON - Terdapat lebih 320 juta pengguna telefon bimbit di seluruh Amerika Syarikat (AS) dan menurut kajian Nielsen, kira-kira 50 peratus adalah pengguna telefon pintar yang digunakan secara kerap setiap hati.

Tahun ini, wabak selesema ada di mana-mana termasuk di telefon bimbit anda. Peluang anda dijangkiti wabak ini semakin tinggi jika anda terdedah dalam udara yang terbuka tetapi doktor menasihati rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mencuci tangan dan membersihkan gajet mudah alih yang mereka pegang. “Telefon bimbit merupakan 10 kali ganda kotor seperti di tandas,” kata profesor mikrobiologi di Universiti Arizona, Chuck Gerba.

Pengguna telefon bimbit bakal tertanya-tanya cara betul membersihkan gajet kesayangan mereka kerana mengelap gajet itu dengan kain lembab tidak akan menghapuskan kuman, bakteria dan virus.

Pengeluar gajet utama dunia juga tidak mengesyorkan pengguna mereka menggunakan pelarut atau sebarang alkohol bagi membersihkan gajet yang sudah dibeli. AT&T mengesyorkan para pengguna menggunakan gajet bebas tangan yang mengurangkan pendedahan telefon ke muka anda secara terus.

Mereka juga menasihati para pengguna telefon bimbit tidak menggunakan gajet kecil itu ketika berada di tandas. Kajian yang dibuat ke atas 1,000 rakyat AS mendapati bahawa 75 peratus responden mengaku menggunakan telefon bimbit ketika berada di dalam tandas.
Tindakan ini bukan saja dianggap sebagai pengotor, malah tidak beradap. Bagi membersihkan telefon bimbit, sesetengah pengguna menggunakan pembersih berasaskan alkohol bersama kain sebelum mengelap gajet mereka. Setakat ini, kaedah ini juga yang dikatakan paling berkesan untuk menghapuskan kuman walaupun ia bakal merosakkan kemasan telefon sedia ada.
 
Banyak juga syarikat seperti SC Johnson mula menawarkan produk yang direka khusus untuk membersihkan barangan elektronik. Kuman selesema bukan berpunca dari telefon bimbit anda sebaliknya kuman di tangan anda sendiri yang berpindah ke telefon bimbit anda. “Jika anda tidak berkongsi telefon bimbit dengan orang lain, anda tidak perlu risau kerana yang ada di telefon bimbit itu hanya kuman anda sendiri,” kata Gerba. “Tetapi jika seseorang itu mempunyai virus selesema di tangan mereka, 40 peratus kuman orang lain mampu merebak dalam tempoh empat jam,’ tambah beliau.

* Dipetik dari laporan ABC News

Friday, January 11, 2013

We may fight with someone we love, but we cannot let them suffer


We may fight with someone we love, but we cannot let them suffer _ J

Thursday, January 10, 2013

Jentera Bomba berlanggar sesama sendiri…rumah warga emas terbakar.

Jentera Bomba berlanggar sesama sendiri…rumah warga emas terbakar..sungguh malang.

Kereta bomba yang terbabit dengan kemalangan


TELUK INTAN - Angkara sebuah kereta rosak di tengah jalan, misi memadamkan kebakaran di Kampung Esso, di sini, terjejas apabila dua jentera bomba dan penyelamat berlanggar sesama sendiri. Akibat kejadian itu, seorang anggota bomba mengalami kecederaan manakala lapan anggota lain selamat dalam kejadian tengah hari, semalam. Mangsa, Mohd Hafiz Abdul Rahman, merupakan anggota Bomba dan Penyelamat Teluk Intan cedera di bahagian kaki apabila jentera yang dinaikinya itu merempuh jentera di hadapannya. Kejadian berlaku di kilometer 1, Jalan Changkat Jong, berhadapan bekas tapak Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak kira-kira 50 meter dari pasar raya terkemuka.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.59 tengah hari semalam itu kedua-dua jentera berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan untuk memadam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Esso selepas menerima panggilan kecemasan beberapa minit sebelum itu. Seorang jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan ketika ditemui di tempat kejadian berkata, kedua-dua jentera berkenaan bergegas keluar dari balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan yang hanya 200 meter dari tepat kejadian. “Setibanya di tempat kejadian pemandu jentera di hadapan yang dinaiki tiga anggota tiba-tiba memperlahankan kenderaan selepas terlihat sebuah kereta jenis Nissan Sunny di hadapan yang tidak bergerak dipercayai rosak dan ditinggalkan di situ. “Sebaik menekan breknya itu, jentera dinaiki enam anggota yang mengekorinya di belakang itu tidak sempat membrek lalu merempuh bahagian belakang jentera hadapan,” katanya.

Jentera bomba terbabas, rempuh pokok Katanya, rempuhan tersebut mengakibatkan jentera di hadapan terbabas lalu merempuh sebatang pokok di bahagian tepi kiri jalan manakala jentera di belakangnya terhenti pada jarak kira-kira 10 meter di hadapan. Menurutnya, jentera di hadapan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan belakang manakala jentera belakang mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan. Minta bantuan bomba lain Beliau berkata, akibat kejadian itu pihaknya terpaksa meminta bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang untuk membantu memadamkan kebakaran di kampung berkenaan.

Kejadian itu telah menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Changkat Jong menghala ke pusat Bandar Teluk Intan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan katanya pihak polis sedang menyiasat kejadian itu.

Warga emas nyaris rentung

Manakala, mangsa kebakaran di Kampung Esso, di sini, semalam, nyaris rentung apabila rumah yang didiami bersama suami dan seorang anak hangus dalam kejadian berkenaan. Mangsa, Siti Asiah Salleh, 67, sendirian ketika kejadian berlaku, terselamat daripada rentung apabila diselamatkan jirannya. Suami mangsa, Saibani Mohd Khairan, 60, berkata, ketika kejadian dia mengisi minyak pada motosikal manakala anaknya keluar makan bersama-sama rakannya. Katanya, dia menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu rumah mereka sedang terbakar sebelum menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat Teluk Intan.

20 minit tunggu bantuan

Saibani berkata, sebaik dihubungi, dia bergegas pulang ke rumah dan mendapati isterinya berada di rumah jiran sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk menerima rawatan manakala sebahagian rumah yang berusia lebih 20 tahun itu sudah habis terbakar. “Saya bersama anak dan beberapa jiran cuba untuk memadam kebakaran itu tetapi tidak berupaya kerana api semakin marak. “Kami menunggu bantuan dari pihak bomba tetapi sudah hampir 20 minit namun, bantuan tidak sampai-sampai menyebabkan saya buntu kerana keseluruhan rumah kami hangus terbakar,” katanya.

Saibani berkata, dalam keadaan kelam-kabut itu sebuah kereta peronda polis tiba dan memaklumkan bahawa kedua-dua jentera Bomba dan Penyelamat Teluk Intan yang sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian terlibat dalam satu kemalangan sesama sendiri. Menurutnya, dia yang sedih apabila dimaklumkan berkenaan kemalangan melibatkan jentera bomba itu.

Sumber :Sinar Harian.

Wednesday, January 9, 2013

Perjanjian 3 ringgit.. :)

Perjanjian RM3...N3 nie story dah lama...baca email2 terjumpa lak kisah nie..rasanya budak2 sekolah rendah kot yang buat aggreement nie..

Tuesday, January 8, 2013

Punca Perut Buncit


Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi buncit?  
Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.

Pertama, faktor keturunan. “Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.

Kedua ialah faktor penuaan. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.

Faktor ketiga ialah makanan dan minuman tertentu. Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur. Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh. “Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak. Pada masa sama, alkohol juga dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktrr yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu. Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.

Penyebab keempat bagi perut buncit ialah tembakau. Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.

Penyebab kelima, stres. Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau. Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

Penyebab keenam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa. Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.

Akibatnya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut. “Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie.

Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.” Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya.

Begitu juga dengan minuman bersoda. Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit,” jelas Selfie.

By Erly Susana | Yahoo Newsroom

Friday, January 4, 2013

Nice Story....


A 24 year old boy seeing out from the train's window shouted...
"Dad, look the trees are going behind!"
dad smiled and a young couple sitting nearby,  looked at the 24 year old's childish behavior with pity, suddenly he again exclaimed ...
"dad, look the clouds are running with us !"
the couple couldn't resist and said to the old man... "why don't you take your son to a good doctor?" the old man smiled and said ... "i did and we are just coming from the hospital, my son was blind from birth, he just got his eyes today..."

Moral of the story:

Every single person on the planet has story. "don't judge people before you truly know them. the truth might surprise you...



Thursday, January 3, 2013

Semangat Tahun Baru....

Tahun Baru
Harapan Baru
Tetap Semangat...walaupun banyak yang tak dapat dilaksanakan pada tahun yang lepas2
Masa Lalu Adalah Kenangan
Hari Ini Adalah Kenyataan
Hari Esok Adalah Harapan
Selamat Tinggal Kenangan
Selamat Datang Harapan.

Selamat Tahun Baru 2013




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...