Thursday, May 30, 2013

Xtiviti masak ujung minggu

Lama..betul tak entri masakan kat sini..sejak 2 menjak ni mood rajin masak tu x datang2..ni baru rajin sikit itu pun sebab nak buat buah tangan untuk kenduri makcik aritu..tidak..memang x berusikla oven kat dapur tu..



 


Tart Buah

Tart Buah Pastri
250 gm majerin, 2 biji telur merah ,1 biji telur, 600 gm tepung, 1 cawan gula halus

Marjerin & gula dipukul hingga kembang , masukkan telur kacau sehingga sebati, masukkan tepung sedikit sedikit  gaul hingga tidak melekat di dinding mangkuk adunan. Terap dengan acuan tart. Bakar  150c selama 20-25 minit.

Custard filling ( krim kastad)
1 tin susu cair, 2 tin air ,1 ½ cawan gula, 1 biji telur kuning, 1 cawan tepung kastad 
Masakkan bahan2 diatas dengan api yang perlahan sambil dikacau dengan whisk hingga pekat.


Buah-buahan ikut suka ( kat atas tu buah peach, kiwi dan anggur)

Masukkan krim kastad tadi kedalam mangkuk tart dan hias dengan buahan yang dipotong2.

--------------------------------------------------------------------------------

Lepas tu tetiba rasa nak makan fish & chip buatan sendiri...pinjam resepi dari blogger juga..inila hasilnya x secanggih kat restoran la tapi sedap juga la he he...


 
 
 
Lepas teringin nak makan desert cuba pula buat creme brulee...aduih sudah hangus pula atasnya sebab terlebih bakar gula tu..tapi rasa memang sedap..





Creme Brulee Pinjam dari : Bakery 2 Embroidery
Sumber : whatscookingamerica.net
Bahan2 ( 6 bekas remekin saiz medium ) 6 biji kuning telur - dr fridge 3 tbsp gula pasir halus 1 1/2 cwn u.h.t whipping cream - dr fridge 4 tbsp gula pasir halus - tuk topping dia sedikit esen vanila

Cara2 1. Panaskn oven pd suhu 180'C & griskn remekin (xde bekas remekin guna bekas aluminium jer)
2. Pukul kuning telur hgga pekat
3. Masukkn gula & pukul lg hgga gula larut sepenuhnya
4. Masukkn u.h.t whipping cream & esen vanila. Kacau sebati
5.Tuang dlm remekin hgga 3/4 penuh. Masukkn remekin ke dlam loyang.Masukkn air panas dlm loyang hampir sama paras dgn adunan creme brulee
6.Bakar selama 30 minit. Bakar hgga bahagian tepi dh masak. Bahagian tgh mmg akan bergoyang (jiggle) sedikit bila remekin digerakkan
7. Keluarkan dr oven & biar creme brulee dlm loyang air panas hgga sejuk pd suhu bilik. Sejukkn creme brulee sekurang-kurangnya 4 jam
8. Taburkan gula pasir halus pd setiap creme brulee & bakar guna torch. Kalau xde,buat macam barefoot contessa ..taburkan gula lepas tu masukkan dalam oven guna api atas saja..bakar dalam 2 minit gitu..tapi aku terlebih bakar gula sudah hangus..pula.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.