JITRA, 21 Okt (Bernama) -- Seorang juruteknik awam Lembaga Kemajuan
Pertanian Muda (Mada) dikhuatiri lemas apabila pacuan empat roda yang dinaikinya
terhumban ke dalam sungai ketika mengelak seorang kanak-kanak yang melintas
jalan di Kampung Telaga Batu, Sungai Korok, di sini hari ini.
Wan Mohd Azri Wan Mansor, 25, dikatakan dalam perjalanan dari Jitra ke
Kubang Sepat untuk melawat tapak Mada di sana pada pukul 9.45 pagi dengan
menaiki sebuah Pajero yang dipandu seorang kontraktor, Adnan Ahmad, 44.
Bagaimanapun, ketika melalui jalan itu, seorang kanak-kanak lima tahun cuba
melintas jalan, menyebabkan kenderaan itu mengelak lalu terhumban ke dalam
sungai.
Rakan mangsa, Mohd Hasril Firdaus Hashim, 30, berkata beliau dimaklumkan
bahawa rakannya dan pemandu kenderaan itu berjaya keluar daripada kereta dan
cuba berpaut pada Pajero itu tetapi air sungai deras menyebabkan mereka dibawa
arus.
Pada awalnya, pemandu kenderaan itu cuba menyelamatkan Wan Mohd Azri tetapi
air deras yang disebabkan hujan menggagalkan usaha itu.
"Dia tak tahu berenang jadi orang ramai yang menyedari kejadian itu cuba
membantu dengan menghulurkan buluh, tetapi dia gagal untuk berpaut," katanya.
Ketua Operasi Balai Bomba Jitra, Mohammad Darus berkata pihaknya menerima
panggilan pada pukul 9.59 pagi dan sebuah bot dengan tujuh anggota dihantar
untuk operasi mencari dan menyelamat.
"Unit skuba juga telah dipanggil untuk membantu mencari mangsa kerana kami
bimbang mangsa ditindih oleh kenderaan yang dinaikinya.
Kami juga telah minta
kerjasama pihak Mada untuk menutup saliran air dari pintu B dan C sepanjang
tiga kilometer bagi mengesan mangsa.
"Kira-kira pukul empat petang tadi, kenderaan Pajero yang terhumban ke dalam
sungai telah dijumpai kira-kira 100 meter daripada tempat kejadian tetapi mangsa
belum dijumpai. Operasi mencari ditamatkan pada pukul 6 petang ini dan akan
disambung semula esok," katanya.
Pemandu dan kanak-kanak yang terlibat dalam kejadian itu dihantar ke
Hospital Jitra untuk rawatan.
** Pertama, kenapa nak biarkan budak berkeliaran di jalanraya.
Kedua, harus awas dan perlahankan kenderaan di kawasan kampong berdekatan.
1 comment:
ni la masalah sikat pemandu dan sikap ibu bapa yg cuai... ape la mak budak tu tgh wat smp anak ke jalan raya tak perasan.
Post a Comment