Memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga ..sampai juga di Mekah..selesai sahaja urusan check-in di hotel dan membersihkan diri, Mutawif terus membawa group kami ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah kali pertama. Waktu kami turun dari hotel jam telah menunjukkan pukul 10.00 malam. Sebaik menghampiri Kaabah di kawasan hajarul aswad, kami melaksanakan rukun pertama iaitu berniat untuk tawaf sebelum memulakan tawaf. Rukun kedua ialah tawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Kaabah. Keadaan agak sesak masa itu kerana jemaah lain yang baru sampai ke Mekah juga turut sama seperti kami melakukan tawaf. Selepas selesai tawaf, kami mencari ruang kosong dihadapan makam Ibrahim untuk menunaikan solat sunat. Kemudian kami melaksanakan rukun umrah ketiga iaitu bersaie. Bersaie ialah berjalan kaki berulang-alik dari Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Setelah berakhir pusingan ketujuh di Marwah, kami melaksanakan rukun keempat iaitu bertahallul dengan menggunting sekurang-sekurangnya tiga helai rambut. Dengan tertib yang telah kami lakukan, maka lengkaplah umrah kami pada malam itu, semoga diterima oleh Allah SWT, Insya Allah. Siap semua nya lebih kurang jam 2.30 pagi..kami terus ke Hotel untuk membersihkan diri bersiap-siap ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat Subuh pula.
Hari Kedua Di Mekah
Hari tiada aktiviti..sebab masa dihabiskan untuk ganti tidur.....sehingga tengahari kami baru Ke Masjidil Haram Untuk Solat Zohor....ramainya umat.....sempat solat kat area tangga jer..Setiap selesai waktu solat fardu pasti ada Solat Jenazah..setiap waktu pasti ada kematian..kelihatan berebut2 jemaah lelaki terutamanya untuk mengiringi jenazah..suasana yang amat jarang kelihatan di Malaysia. (Di Masjid Nabawi juga ada solat jenazah tapi kami tak dapat lihat mayatnya seperti di Mekah).
Hari Ketiga
Kami telah dibawa menziarahi (sebenarnya kami ziarah dari dalam bas saja) ke Jabal Nur, Jabal Tsur, Muzdhalifah dan Padang Arafah. Bas yang kami naiki juga melalui kawasan perkhemahan di Mina, Jamarat (tempat melontar), Masjid Jin.....Kami cuma turun menziarahi Jabal Rahmah saja yang juga dikenali dengan nama bukit kasih sayang kerana di sinilah Nabi Adam a.s bertemu semula dengan isterinya Hawa setelah sekian lama terpisah.Patutla ramai betul yang mendaki bukit tersebut...nak berdoa mendapatkan jodoh mungkin..:) dan akhirnya singgah di Ja’aranah untuk bermiqat kepada sesiapa yang ingin membuat umrah kali kedua.
Hari KeEmpat
Hari ini jam 9.00 pagi berkumpul di lobby hotel pergi ke Ta'anim untuk miqat bagi sesiapa yang hendak melakukan umrah ketiga..perjalanan mengambilkan masa 1/2 jam saja... sesampai di masjid solat sunat ihram dan meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram untuk umrah ketiga.
Hari Kelima
Pada hari ini pula kami dibawa menziarah ke Muzium Haramain (Dua Masjid) dimana di sini kita boleh melihat koleksi barang-barang lama yang pernah digunakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Selepas itu kami dibawa ke ladang ternakan unta untuk melihat unta dengan lebih dekat dan merasa susu unta (susu unta dijual dengan harga sebotol 5 Riyal) . Akhir sekali kami dibawa ke Hudaibiyah,terdapat masjid untuk bermiqat kepada sesiapa yang ingin menunaikan umrah lagi.
Pada hari berikutnya, menghabiskan masa dengan beribadat di Masjidil Haram, shopping serba sedikit dan menghadiri ceramah dan tahlil yang dianjurkan oleh pihak agensi di hotel penginapan.
Hari terakhir di Mekah...kami melaksanakan tawaf wida (tawaf selamat tinggal) lebih kurang pada pukul 10.00 pagi. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar.( Bagi jemaah lelaki mereka tawaf wida 6 pusingan dan perlu tunggu di Masjidil Haram sehingga habis solat Jumaat menyambung kembali tawaf terakhir). Selepas tawaf wida kami hanya duduk berehat di lobby hotel sementara menunggu pukul 2.30 petang untuk menaiki bas yang akan membawa kami ke lapangan terbang Jeddah. Di dalam perjalanan bas Mutawif berkata nak berhenti solat di masjid yang dikenali sebagai masjid terapung tapi sekali lagi kami dapat driver bus yang mood tidak begitu baik...tahu2 dah sampai di Jeddah Airport...akhirnya semua solat kat surau yang terdapat di Airport tu je..Lama juga berkampung di Jeddah Airport ni sambil makan nasi yang dibekalkan oleh agensi.
Kami menaiki pesawat Saudi Airlines yang berlepas pada pukul 11.00 malam dan mendarat di KLIA pada pukul 1.00 tengahari, 22/3/2014.
"Ya Allah, moga-moga aku pulang dengan hati yang sudah kembali suci umpama kain yang putih....Ya Allah berilah diri ini kekuatan untuk mengikut segala perintahMU..."