Friday, March 28, 2014

Pengalaman Yang Tak Boleh Dilupakan..


Syukur Alhamdullillah rasa bertuahnya dapat  menjadi tetamu Allah walaupun hanya untuk 10 hari..

"Ya Allah ya tuhanku, jangan jadikan tawaf dan ziarah hambamu ini sebagai sebagai kali penghabisan di baitullah, jika sekiranya di takdirkan menjadi yg terakhir maka hambamu pohon syurga sebagai gantinya dengan kemurahan rahmatmu wahai tuhan yg maha rahmat"..

Jadual penerbangan ke Jeddah menggunakan pesawat Arab Saudi Airlines mengambil masa 8 jam...lama rasanya berada dalam kapal terbang dan tiba di Jeddah lebih kurang jam 7 malam waktu sana....jam 8 malam selesai semua hal2 imigresen dan bagasi....terus tunggu bus untuk ke Madinah..lebihkurang jam 9 malam baru bus sampai...perjalananan ke Madinah ambil masa 6 jam.... Mutawwif mengajak kami membaca surah yassin..semasa perjalanan ke Madinah bagi mendapatkan keberkatan perjalanan.
Sampai di Madinah lebih kurang jam 2 pagi rasanya..terus ke Hotel Mubarak Silver selesai urusan check -in ambil kunci...terus naik bilik mandi dan solat Jamak Qasar Magrib & Isyak..(tak sempat buat masa kat Jeddah)..merehatkan badan sekejap sebelum bersiap-siap ke Masjid Nabawi untuk solat Subuh.





Hari Pertama Di Madinah

Pada 7.30 pagi jemaah wanita dijadual akan ke Raudah dan Makam Rasullulah..tapi group  bilik kami  terlewat..sebab tak perasan memo yang bertampal kat dinding lobby hotel tu..kelam kabut mengejar Ustazah yang akan bawa kami ....dengan tidak sempat berwudhu di hotel..aduih..kalut betul masa tu..alhamdullilah sempat juga kami berwudhu di masjid dan mendapatkan ustazah tersebut..bagi perempuan yang hendak memasuki raudhah kena ikut waktu yang ditetapkan... lama juga menunggu..selalunya Jemaah Malaysia & Indonesia atau dari Asia selalunya adalah group terakhir yang dibenarkan masuk.....Jemaah wanita tidak dibenarkan membawa kamera atau telefon bimbit berkamera masuk kedalam masjid, jadi memang tidak dapat mengambil gambar di dalam masjid Nabawi. Untuk jemaah wanita, hanya tiga waktu yang dibuka iaitu selepas subuh sehingga jam 10 atau 11 pagi, selepas zohor sampai jam 3.00 petang dan selepas isyak sehingga pukul 11 malam kerana kawasan Raudhah ini sebenarnya merupakan ruang solat untuk jemaah lelaki, jadi mereka akan menutup kawasan ini apabila hampir waktu solat untuk digunakan oleh jemaah lelaki.

Bagi Jemaah lelaki pula, mereka bebas untuk masuk ke Raudhah pada bila-bila masa.. Untung Jemaah lelaki boleh pergi ke makam Rasullullah & Sahabat tapi tidak untuk kami yang hanya boleh melihat dari jauh..namun amat bersyukur diberi kesempatan untuk solat sunnat di dalam kawasan Raudah. Memang berebut2, tapi alhamdullillah di beri ruang untuk bersujud. Air mata terus berlinang dikala sujud terakhir ketika berdoa. Sekejap saja boleh berada kat Raudhah  dah dihalau keluar..selesai kami terus balik Hotel..sebab nak ganti tidur..:)


Hari Kedua

Esoknya 7.30 pagi kami sudah sedia berkumpul untuk ziarah luar pula..menziarahi Masjid Quba' , Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud,  Ladang Kurma dan Pasar Kurma.Tempat ziarah yang pertama kami di bawa ke Masjid Quba’, masjid pertama yang dibina mengikut sejarah Islam dan dibina atas dasar Taqwa. Sabda Nabi S.A.W : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba’ lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. Aku  tak lepaskan peluang ni, solat sunnat tahiyattul masjid & solat sunnat dhuha. Tapi memang berebut2 ramainya umat.

Selesai solat kami dibawa ke Jabal Uhud, kawasan perang Uhud dan terdapat Perkuburan Syuhadah Uhud disitu.Lepas tu kami terus dibawa ke Ladang Kurma namun parking kat area situ penuh driver bus tu tak nak masuk pula ..memaksa kami ambil gambar pokok kurma dari dalam bus jer..

Kami terus dibawa ke Masjid Qiblatain di sana kami singgah sekejap solat tahiyatull masjid..lebih kurang 20 minit jer kat situ..lepas tu ke masjid tujuh..di sini kami turun sekejap sekadar untuk bergambar beramai-ramai.

Terus bergegas sebab masa dah tengahari..singgah kejap kat Pasar Kurma..tapi banyak tak buka..mungkin sudah dekat Solat Zohor agaknya kedai tutup..kononnya Mutawwif tu kata nak singgah kat masjid..yang berdekatan pasar kurma tu..dah lupa nama masjidnya..driver bus mood tak bagus ...katanya parking tak de terus hantar kami balik hotel by the time Zohor dah masuk..nak Ke Masjid Nabawi tak sempat terpaksa solat kat Hotel..sebab rasa penat sangat nak bergegas ke Masjid...tapi ada juga diantara kami yang gagah ke Masjid.




 













Hari KeTiga
Esoknya jam 8.00 pagi ada ceramah , tahlil  dan bacaan yassin di adakan oleh pihak agensi di Hotel...selepas solat subuh...terus balik hotel....mendengar ceramah dari Ustaz Alam Shah dan ada bait doanya yang begitu menyentuh hati dan perasaan. Aktivi seterusnya Solat Zohor dan Asar Di Masjid Nabawi namun hari ni kami terlewat pula ke Masjid untuk Magrib  penangan penat shopping selepas Asar tertidur...aduih... Namun digagahkan diri juga sesampai solat kat luar jer..dengan cuaca waktu amat berangin dan dingin sampai ketulang.. selesai solat Magrib kami cepat-cepat mencari tempat di dalam Masjid....bersesak-sesak ramai betul rupanya hari ni Khamis ramai yang berpuasa sunat dan yang berbuka di dalam masjid.


Hari Ke Empat
Hari Jumaat seperti biasa jam 3.30 pagi kami ke Masjid untuk Solat subuh..di sini Jemaah wanita boleh solat Jumaat ambil kesempatan untuk sama-sama solat Jumaat..namun jam 11.30 pagi masa kami sampai Masjid dah sesak..alih2 dapatla tempat di hujung-hujung nun..habis Jumaat dekat jam 2.00...hari ni pakcikku plan belanja kami makan di restoran Arab..lama sangat tunggu sedara-mara yang lain..lambat lunch jam 3 petang baru makan..masa nie kepala sudah pening tekak pun dah sakit..balik hotel ambil ubat..sekali lagi kerugian tak pergi Masjid untuk Asar.
Hari Terakhir di Madinah sayu rasanya nak meninggalkan bandar yang indah dan damai ni..kami lakukan Ziarah Wida' di Masjid Nabawi..sebelum keluar dari Madinah menuju ke Bir Ali untuk Miqat bagi melakukan Umrah Wajib ramai betul Umat di Bir Ali....Setelah berniat ihram..Mutawiff mengingatkan kami menjaga semua pantang larang ihram..perjalanan diteruskan ke Mekah yang mengambil masa lebih kurang 5 jam...sepanjang perjalanan Mutawif menyuruhkan kami bertalbiah..dan beliau juga membaca doa selamat kerana beliau berjaya khatam Quran sewaktu di Madinah...(kami sempat tidur sehingga berhenti di kawasan rehat sebelum sampai Mekah)....Alhamdullilah akhir sampai kami ke destinasi yang dinanti-nanti Mekah Al Mukaramah..rasa berdebar dan begitu sayu rasanya bila menjejakkan kaki di Tanah Haram ini.


** bersambung.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...