Friday, June 5, 2015

Percutian Keluarga D Teluk Batik

Sekejap jer dah masuk cuti sekolah masing masing dah plan nak bercuti so keluargaku pun sibuk juga nak bercuti bersama-sama untuk pertama kalinya setelah anak2 ramai yang dah membesar...percutian singkat nie dah dirancang 2 3 bulan akhirnya dapat juga kami adakan percutian keluarga ni pada 30hb May & 31hb May 2015.... walaupuan ada 2 keluarga yang x dapat join..Percutian nie diadakan di Teluk Batik, Lumut Perak..ok la bawa budak2 mandi laut  happy je dorang. Kami menyewa di Chalet Kenangan Pak Man booked sebelum ada GST tapi bila buat bayaran ada juga GST..semalam jer..disana...aktiviti petang tu bawa budak mandi-mandi laut kemudian kami buat sukaneka yang simple2 jer memandangkan ada sedikit kesilapan teknikal.. orang yang sediakan barang2 sukaneka datang lambat....okla  dari xder langsung aktivitinya..Insya Allah next time maybe banyak aktiviti sukaneka lagi..kena  time planning betul-betul.




Malam ber BBQ pula..kambing,ayam, ikan,sotong,sosej dimakan bersama nasi goreng cina dan sup sayur Masa nak memasak pun ada kesilapan teknikal lagi..tengah memasak gas habis pula lepas tu xder spare gas hu hu...sudahnya rice cooker menjadi mangsa utk  fried rice..alhamdullilah dalam darurat pun kenyang juga kami.


Selepas ber BBQ buat cabutan hadiah pula sebenarnya lebih pada tukar2 hadiah sebab xder yang sponsor hadiah pun...setiap keluarga bawa hadiah pastu kami tukar2 tapi kaedah cabutan nombor kira cabutan hadiah la tu :)

Esok paginya pagi gi ronda2 tepi pantai...budak2 pun  dah bangun awal semua nak mandi laut lagi..sarapan pagi kami buat sandwich sardin goreng nasi lagi tapi pagi nasi goreng kampung pula..he he..dan ronda-ronda kat gerai-gerai yang ada kat Teluk Batik nie terjumpa satu gerai yang jual cenderahati dari kulit siput dan kerang makcik tu buat kat situ jer..cantik2 hasil kerja tangan die murah pula okla boleh beli buat cenderamata dari Teluk Batik...


Tengahari  pukul 12 semua dah standby untuk checkout....on the way balik kitaorang singgah makan tengahari kat Restoran Dayang yang ada kat belakang tu chalet tu jer.. makanan kat situ kira ok-ok jer harganya tak tau la ok kot berpatutan agaknya.Lepas habis makan singgah pekan lumut kejap untuk beli ikan bilis dan kudap-kudap sikit x bersiar-siar pun kat Lumut nie..sebab panas dan ramai sangat orang... parking pun 2 round baru dapat..udahnya beli-beli..lepas tu terus balik rumah.




Thursday, June 4, 2015

MINI GIVEAWAY BY NUHA

Assalammualaikum ... Join satu segmen lagi sempenan nak berpuasa nie...nak dapatkan resepi untuk berpuasa...pada yang nak memasak bole join :))

Bismillahirrahmanirrahim. Nuha mulakan bulan Jun 2015 dengan giveaway anjuran nuha sendiri.





Penuhi 4 syarat mudah giveaway ini dan anda berpeluang memiliki 30 RESEPI JUADAH BERBUKA PUASA.

1) Follow blog Nuha
2) Follow Instagram hayati_nuha (jika ada akaun instagram)
3) Buat satu entry bertajuk "Mini Giveaway By Nuha"
4) Sertakan link entry tersebut di ruang komen entry ini.

5 pemenang bertuah akan dipilih secara rawak. Tarikh tutup penyertaan: 7 JUN 2015

Jemput join semua rakan blogger   Jom klik sini nuhahayati.com/2015/06/mini-giveaway

GMBM 1st GIVEAWAY 2015.

Assalammualaikum... dah lama baca promote Giveaway GMBM nie arini baru kesempatan nak join...sesapa nak join boleh klik jer kat banner bawah nie.. :)

http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html



Assalamualaikum !! Alhamdulillah,sempena Hari Ibu 2015,buat julung-julung kalinya kami berjaya melancarkan satu segmen yang di taja sepenuhnya oleh sebahagian ahli Grup Mama Bloggers Malaysia [GMBM]. Segmen ini di adakan adalah untuk memanjangkan ukhuwah sesama blogger yang menyertai segmen ini. Hadiah yang di tawarkan dalam segmen ini juga sangat menarik dan berbaloi untuk di menangi. Masa pelancaran segmen selama sebulan memberi lebih peluang penyertaan dan memenuhi syarat bagi para peserta.

Tarikh Segmen : 10 Mei - 7 Jun 2015

Syarat-syarat untuk menyertai segmen ini adalah:-

  1. Blogger Malaysia.
  2. Buat entri yang bertajuk GMBM 1st GIVEAWAY 2015.
  3. Pilihan entri samada copy dan paste sahaja entri yang di sediakan atau buat entri sendiri mengikut kreativiti anda.
  4. Mengikuti semua syarat yang di tetapkan oleh penganjur dan penaja.
  5. Semua penaja boleh menyertai segmen ini. 
  6. Lengkapkan syarat di bawah:-
  • Follow Belog


  • Follow Instagram 

@Yong | @Sofu


  • Follow Google +



  • Like Fanpages 




  • Follow FaceBook

Norihan Yusuf


♪ ♩♫ Selamat bersegmen dan semoga bertuah !! ♪ ♩♫

 
Segmen GMBM 1st GIVEAWAY 2015 di taja dan di perhebatkan oleh:-
Kathy, Maria, YY, Yong, Myja, Sofu, Ida, Ann, Mieja, Sue, Fuza, Mamaniza, Hana, Aida, Mar, Khaty, Ayumie, Mila, Zana, Sally, Fiza, Fara.

Klik Banner GA Untuk Join

Monday, April 20, 2015

Dari dapurku..


Resepi Pavlova saya pinjam dari sini http://www.azlitamasammanis.com

 

Resepi Cekodok Kentang ni pun saya pinjam dari http://www.azlitamasammanis.co

Lempeng ni sempoi jer...pinjam resepi dari mak usu saya..singgah kat sini kalau nak resepi http://ammy11.blogspot.com

Kek Karamel nie sedap saya pinjam dari http://e-nalovelykitchen.blogspot.com kat sini die ajar step by step..terbaik la.

"Giveaway I AM Keychain by Hidayuayumie"

Salam....jom sama-sama join Giveaway ni...singgah sini http://hidayuayumie.blogspot.com

 














Monday, March 2, 2015

Percutian Singkat Ke Penang

 
Selepas lebih 25 tahun baru berkesempatan jejalan ke Penang lamanya tak berjalan2 kat Penang.. ..itupun singkat jer 2 hari 1 malam..disebabkan last minute plan..sempat booking guesthouse di Georgetown memandangkan banyak hotel dah fully booked..ok la dari xder..



                                                             Jambatan Pulau Pinang

Sesampai je di Penang..terus check in kat guesthouse..letak beg & solat...terus keluar nak cari makan..sebab perut dan berbunyi minta diisi..misi yang x kesampaian...nak makan kat Nasi Kandar Line Clear..aduiihhh ramai orang dan beratur panjang sangat... terus pusing dan jalan cari kedai lain..nasib baik la..terjumpa kedai Nasi Kandar Hameediyah..kedai nasi kandar tertua di Penang ...kedai nie ada aircond sejuk sikit..memandangkan kami dah kepanasan mencari kedai tadi..okla tu..alhamdullilah kenyang perut..pekena nasi briani he he..:)


                                                          Homie Delight Guesthouse
  


Teruskan misi untuk mencari lukisan mural di Art Street..rupanya kedudukan lukisan tu kat art street ni merata-rata..patutla ramai yang sewa basikal..untuk cari lukisan mural di art street nie...tapi memandangkan dah 20 tahun x naik basikal...rela berjalan kaki lagi... dapat jumpa 2 3 keping gambar itupun ramai orang.. nak bergambar pun kena beratur..hu hu..dah dapat 2 3 keping bergambar ok la tu....misi seterusnya nak ke Muzium 3d Art..misi yang tak kesampaian juga...ramai orang beratur panjang nak masuk..cancelled.




                                                             Mural di Art Street

  
 Teruskan jejalan..pergi ke Padang Kota Lama @ Fort Cornwallis ...okla..orang tak ramai sangat kat sini..bayaran masuk kat sini naik harga rasanya..mesti sebab public holiday nie..seorang RM 10.. tahun lepas RM5 jer.. masuk dalam kota tu ambik gambar 2 3 keping..lepak2 jap kat dalam tu..masuk kota sejarah tapi tak baca pun sejarah kota nie..he he (bukan pencinta sejarah)
 

Cuaca panas pada petang tu..membuatkan teringin nak minum yang sejuk2..pegi ke food court yang dekat padang kota nak minum air kelapa sudah habis pula minum teh o ais jer sudahnya.....kat food court ni  terkenal dengan Mee Sotong juga tapi sekali lagi kena beratuq panjang(slang penang)memandangkan dah sampai kat sini....beratuq la.....nak juga rasa kesedapan mee sotong yang diperkatakan tu...hampir sejam beratuq baru dapat mee sotongnye.. mee sotong yang diletakkan sambal sotong diatasnya (biasa2 jer tekak aku la)..sesudah menikmati mee sotong beratuq.. kami balik bilik..bersihkan diri..rilex kejap..malamnye misi ke pasar malam Batu Feringgi pula..

Gerak ke Batu Feringgi kul 8.00 malam..aduihh dah mula traffic jam..rupanya traffic jam tu sampai ke pasar malam nun..sudahla jalan berliku-liku..adventure betul nak ke pasar malam nie..sampai kat area pasar malam masalah parking pula..nasib ada parking berbayar..sekali masuk RM5.00...parking jer dari nak tercari-cari....ramai orang K.L dan Selangor datang nie..sebab kereta yang parking majoriti nombor flat semua start dari W dan B...(agaknyer la)...biasa jer pasar ni macam uptown ..cuma beza pasarnye dok kat sepanjang2 tepi kaki lima jalan...panjang jugalah rasanya dalam 3-5 km panjang kot..berpeluh juga jalan kat pasar malam nie..cuma beli frigde magnet untuk kenangan jer kat sini..macam tiada yang menarik perhatian banyak handbag & baju2 jer. Lebih kurang 2 jam kat sana..gerak keluar dari Feringgi..nak cari makanan pula..tak biasa kat sini susah betul nak cari kedai Tom Yam kat area sini..last2 yang jumpa Nasi Kandar Pelita...ok la pekena sup ekor mamak style pula. Balik bilik dalam kul 12am lebih gitu...keletihan..apalagi tidoooo.



Esok dalam kul 9 pagi dah siap2..terus check out..sebab misi nak ke Bukit Bendera pula..mula2 round bandar Georgetown nak cari Jeruk Pak Ali..jumpa kedai parking pula xder...2 3 kali pusing x jumpa parking putus asa..terus gerak ke Bukit Bendera..jalan kat area sini sempit kereta banyak...ramai orang..memang kalau jejalan masa public holiday ini masalahnya..disebabkan dah sampai... beratuq saja la..nasib masa nak beli tiket cepat jer..kena tunjuk IC lagi...sebab ada IC harga murah sikit..tapi hari nie pun dorang markup harga juga...RM10.00....rasanya harga biasa Rm8.00....Beratur panjang masa nak naik keretapi lamanya betul rasanya kat lebih 1 jam beratuq nak naik keretapi nie..akhirnya sampai juga di puncak bukit nie. Terperanjat aku naik2 bukit kat atas ada kuil hindu pula..elok pula 500 meter ada masjid...sebelahnya..dah snap 2 3 keping gambar...perut pun dah lapar..cuaca pula panas terus turun balik.



 

 
Nak cari kedai Jeruk Pak Ali lagi nie..terus buka WAZE...yang terdekat adalah dekat Gelugor dan Bayan Lepas..guna WAZE pun sesat...salah lokasi..dah nak give up...last2 tanya orang...baru terjumpa kedai Jeruk Pak Ali..tepi highway saja..aduiih yang kita orang dok pusing satu taman cari kedai nie.Lepas tu pekena Nasi Kandar Kayu pula..



Lepas makan terus keluar balik..masa balik cuba guna Jambatan Kedua Sultan Abdul Halim..macam sunyi jer..xder kereta pun masa lalu kat sini...tapi lepas jer Tol masuk Seberang Prai.traffic jam sepanjang jalan sampai ke Terowong Menora..memang teruk traffic jam..sampai hentian R&R pun sesak...tak bole masuk..sampai rumah dekat kul 11.30 malam juga..tamatla percutian singkat ke Penang.





Monday, February 9, 2015

FIRST GIVEAWAY MAWAR PUTIH



 

Siapa nak menang hadiah?
  • 9 penanda buku 8 keychain 
  • Total 17 pemenang bertuah dicari..
 Selain tu dapat exchange link..
 Syarat
 Jadi follower Mawar Putih
 Sediakan entri mengenai giveaway ni.
 Kalau malas sangat, tepek banner dan pastikan ada link Mawar Putih.
 Hantar url entri di ruangan comment Mawar Putih.

Giveaway terbuka kepada semua warga blogger tak kira jantina,keturunan, umur atau pangkat. Tarikh tutup sehingga 28/2/2015 tepat jam 11.59 malam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...