Sekejap jer dah masuk cuti sekolah masing masing dah plan nak bercuti so keluargaku pun sibuk juga nak bercuti bersama-sama untuk pertama kalinya setelah anak2 ramai yang dah membesar...percutian singkat nie dah dirancang 2 3 bulan akhirnya dapat juga kami adakan percutian keluarga ni pada 30hb May & 31hb May 2015.... walaupuan ada 2 keluarga yang x dapat join..Percutian nie diadakan di Teluk Batik, Lumut Perak..ok la bawa budak2 mandi laut happy je dorang. Kami menyewa di Chalet Kenangan Pak Man booked sebelum ada GST tapi bila buat bayaran ada juga GST..semalam jer..disana...aktiviti petang tu bawa budak mandi-mandi laut kemudian kami buat sukaneka yang simple2 jer memandangkan ada sedikit kesilapan teknikal.. orang yang sediakan barang2 sukaneka datang lambat....okla dari xder langsung aktivitinya..Insya Allah next time maybe banyak aktiviti sukaneka lagi..kena time planning betul-betul.
Malam ber BBQ pula..kambing,ayam, ikan,sotong,sosej dimakan bersama nasi goreng cina dan sup sayur Masa nak memasak pun ada kesilapan teknikal lagi..tengah memasak gas habis pula lepas tu xder spare gas hu hu...sudahnya rice cooker menjadi mangsa utk fried rice..alhamdullilah dalam darurat pun kenyang juga kami.
Selepas ber BBQ buat cabutan hadiah pula sebenarnya lebih pada tukar2 hadiah sebab xder yang sponsor hadiah pun...setiap keluarga bawa hadiah pastu kami tukar2 tapi kaedah cabutan nombor kira cabutan hadiah la tu :)
Esok paginya pagi gi ronda2 tepi pantai...budak2 pun dah bangun awal semua nak mandi laut lagi..sarapan pagi kami buat sandwich sardin goreng nasi lagi tapi pagi nasi goreng kampung pula..he he..dan ronda-ronda kat gerai-gerai yang ada kat Teluk Batik nie terjumpa satu gerai yang jual cenderahati dari kulit siput dan kerang makcik tu buat kat situ jer..cantik2 hasil kerja tangan die murah pula okla boleh beli buat cenderamata dari Teluk Batik...
Tengahari pukul 12 semua dah standby untuk checkout....on the way balik kitaorang singgah makan tengahari kat Restoran Dayang yang ada kat belakang tu chalet tu jer.. makanan kat situ kira ok-ok jer harganya tak tau la ok kot berpatutan agaknya.Lepas habis makan singgah pekan lumut kejap untuk beli ikan bilis dan kudap-kudap sikit x bersiar-siar pun kat Lumut nie..sebab panas dan ramai sangat orang... parking pun 2 round baru dapat..udahnya beli-beli..lepas tu terus balik rumah.
No comments:
Post a Comment