Wednesday, December 28, 2011

Xtvt ujung minggu dengan hobi baru..:)

Sejak 2 menjak dah pandai buat felt craft nie...terhasil hobi baru.. nie sume hasil 'keras tangan' ku..



yg brooch ni..besar..klu nak pakai kat tudung kena kecilkan size rasanya..


yang ni tag nama..and book mark..tag name tu klu nak letak gambar kecil pun ok gak..jadila small frame..



pencil case with keychain untuk si bujangku

kotak kek..ni kotak pelbagai guna..sesuai untuk simpan barang..tapi yg ni kecil je..bole buat simpan brooch..


hand phone case..buat diri sendiri..he he



key chain buat si dara ku..

Friday, December 23, 2011

Cite pisang lagi...


Pinjam gambar dari google...'PISANG BOYAN'

From: ::-eSpAcE 9808-::

Pisang AJAIB : Tiada Yang Ajaib Kalau .......

selatanonline
Oleh Ibn_bacoks

PONTIAN – Pisang boyan selalunya digemari oleh kaum ibu dengan mengenakan resepi turun temurunnya untuk membuat kuih lepat pisang.

Antara ramuannya ialah dilecek-lecek lalu dicampurkan air dengan tepung gandum, tepung pulut dan garam.

Apa yang menjadi kemusyilannya adalah kepada penggunaan kicap pekat yang turut ditaruh bersama air gula Melaka. Katanya supaya kelihatan lebih cantik.

Bagi generasi baru, sudah tentu tidak mampu untuk mengenal pasti pisang apakah yang sesuai untuk hidangan kuih tradisional itu. Apa yang penting, pisang sudah terhidang, maka disuapnya sahaja ke dalam mulut.
Pun begitu, disebalik keenakannya, ramai yang tidak tahu pada satu keajaiban yang Mtd-Benut.blogspot.com temui untuk paparan kali ini. Sebelum itu, pernahkah anda mendengar cerita ‘Pisang Boyan Kembar Ajaib’?.
Pemiliknya iaitu Tn. Hj. Abdullah Genu, 67, berkata selalunya bila pokok pisang itu disebut, ramai yang tidak ambil pusing tentang kewujudannya. Namun pisang yang ingin dimaksudkan ini berbeza dengan jenis pisang yang lain.
Anehnya, kejadian ini katanya merupakan pertama kali yang disaksikannya sendiri. Pisang boyan kembar yang berkongsi batang tapi bercabang dua dan berusia 10 bulan itu difahamkan mempunyai 4 sisir, namun yang menjadikan ia bertambah ajaib iaitu buah, kuantiti dan saiznya sama diantara satu sama lain.
”Ini baru pertama kali lihat. Sudah beratus ribu ditanam sejak umur dari bangku sekolah. Lebih 40 tahun. Ajaibnya ada 4 sisir, biji sama, saiz sama,” katanya lagi ketika ditemui di kebunnya, Kampung Sanglang, Dun Benut, baru-baru ini.
Dalam pada itu beliau dilaporkan berkata keunikan pisang ini adalah salah satu dari tanda kebesaran Allah swt yang ingin diperlihatkan supaya manusia ini tidak sombong dan angkuh.
”Kalau ingin dibandingkan dengan kuasa Allah dengan manusia memang jauh,” katanya lagi.
Namun jelasnya lagi adalah suatu yang tidak mustahil sebuah kerajaan yang didakwa hebat pastinya ia boleh tumbang dengan izin Allah swt.
”Tak ada yang ajaib. Kalau Allah kata ‘Kun fayakun’, jadilah.

Wednesday, December 14, 2011

"Santau Dikalangan Orang Melayu"

Last week tonton drama Tentang dhia..dalam x suka dengan plot cite tu..layan juga..x suka betul dengan cara mak mentua dhia yg percaya bomoh..pastu bapa dhia meninggal dsebabkab santau.. hari ni pula terbaca info tentang santau..selalunye orang melayu je suka guna santau2 nie..kenapa yer?????

Dalam masyarakat Melayu sering disebut orang perkataan santau. Apakah santau? Wujudkah santau dalam alam nyata? Benarkah ada orang boleh buat santau untuk dijual dan dikenakan kepada orang lain?
Santau adalah istilah penyakit yang terkenal dalam masyarakat Melayu, khususnya di Nusantara. Penyakit yang tergolong dalam nama santau itu wujud.
Penyakit itu biasanya dikenali berdasarkan tanda-tanda zahir yang dialami oleh pesakit.
Contohnya batuk berpanjangan, berbulan-bulan, kadang-kadang mengambil masa bertahun, dengan mengguna-kan pelbagai ubat, tetapi batuk tidak hilang.
Ada juga yang batuk mengeluarkan darah, hilang selera makan, badan kurus kering, kulit berkedut-kedut, kuku kebiru-biruan, disekeliling mata juga kebiru-biruan, tidak bermaya, sejuk kaki tangan khususnya pada petang hari, murung, tidak ceria dan sebagainya.Penyakit sedemikian tidak semestinya santau. Ia boleh berlaku sedemikian dengan sebab fizikal yang lain, mungkin kerana dia bermasalah penyakit paru-paru rosak atau tonsil kronik atau sakit TB, keracunan dan sebagainya.

Pesakit jenis ini biasanya akan terubat dengan doktor pakar. Mungkin kerana sudah diubati tetapi tidak sembuh, maka mereka beralih kepada rawatan alternatif.
Salah satu yang sering dirujuk ialah bomoh santau atau perawat-perawat lain. Kebanyakan pengubat akan memberitahu pesakit itu bahawa dia terkena penyakit santau.Ertinya ada orang bagi dia makan sesuatu, atau dia memakan ramuan yang di dalamnya ada santau.Apa dia santau? Saya sendiri tidak tahu apa dia sebenarnya. Cuma hasil daripada percakapan banyak orang, kononnya santau diperbuat dari bahan yang amat-amat bisa.

Dikatakan ia diperbuat daripada bulu ulat bulu yang mati merana (meragan), dicampur dengan bisa ular, lipan atau kala jengking dan dicampur dengan kaca halus daripada bal lampu kalimatang yang ditumbuk halus.

Selepas itu ia dikatakan melalui proses adunan tersendiri dan dikeringkan, dijadikan serbuk untuk diletakkan dalam makanan atau minuman. Ini adalah cerita lisan, tiada orang yang boleh mengesahkan ia adalah santau yang sebenarnya.Kalaupun ada yang membuat santau, tentulah dia merahsiakannya dan tidak mungkin dia mendedahkan rahsianya kepada orang.

Adakah orang yang sanggup membuatnya untuk menganiayai orang lain? Semata-mata dengan sedikit bayaran dunia, tidak kah mereka takut kepada dosa dan sebagainya?

Zaman ini manusia menjadi makhluk yang serba boleh, serba jadi. Misalnya mereka sanggup mendera isteri, mendera orang gaji, membunuh diri, keluarga dan rakan, serta melakukan pelbagai kemusnahan.

Manusia menjadi haiwan, malah lebih teruk daripada haiwan. Apakah itu (menggunakan santau) tidak dikatakan sebagai manusia kerana wang atau kerana hendak memuaskan hati?
Oleh santau adalah salah satu daripada kekejaman manusia. Yang penting tanda-tanda penyakit tadi jelas, orang itu sakit, setiap sakit ada ubatnya.
Berubatlah dengan cara yang betul, apabila Allah bukakan ruang kesembuhan, insya-Allah kena ubatnya, penyakit akan sembuh.
Sering kita dengar ada orang yang boleh membeli santau daripada orang tertentu dan sebagainya, itu adalah kata orang, anda jangan mudah mempercayainya.
Oleh yang demikian, berdoalah kepada Allah agar kita selamat dari kedengkian manusia.

kredit: Darulsifa
-------------------------------------------------------------------------------------------------
amalan mengelakkan SANTAU
Santau merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan
dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman . Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca , serbuk Ipoh , bisa besi , dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan
akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah , pitam , pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa.

Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru.
Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.



Apakah amalan yang biasa menghindarkan diri dari terkena santau?

Keadah Perubatan bersama Dato’ Hj Ismail Kamus

1. Sebelum berangkat ke tempat makan, bacalah surah al-quraisy sebanyak satu kali.
2. Setelah sampai ke tempat makan, baca surah al quraisy sekali lagi
3. Setelah baca ayat tersebut perhatikan wajah kita dalam air, jika terdapat bayangan muka kita,maka dibolehkan minum, namun sekiranya tidak ada,sebaiknya jangan diminum.
4. Sebelum makan , pusing sikit pingan dan baca ayat al-quraisy tersebut, jika terdapat racun santau, insyaallah pinggan itu pecah dengan izin Allah.

Tuesday, December 13, 2011

Kuih Seri Muka..berseri ke??



Dah lama dok usha resepi nie dari buku 1 hari 1 resepi hanieliza..akhirnye..datang rajin ku semalam..tgh malam siap juga kuih ku ini ..guna santan kotak jer..he he..tapi alhamdullilah hasilnye..sedap..tapi x seindah namanye lak kejadian kuih nie..rasa dah ok... rupa..hu hu hu...
esok la salin resepi..x sempat la arini...

Masak kuih...yg simple2 aje


Teringin nak makan kuih sagu..pegi myresepi jumpa lah resepi ni..pinjam jap resepi try buat untuk minum petang..mengimbau zaman kanak2 lak..suka beli kat kantin sekolah..xde rumit buatnye..bahan2 pun senang2 jer nak dapat.

Kuih Sagu @ Bronok
Bahan-bahan:

1 cawan sagu biji kecil
3 cawan air
3/4 cawan gula pasir
Sedikit pewarna merah & perisa ros

1/2 biji kelapa parut putih sahaja*
1 sudu kecil garam* (gaul bahan bertanda * hingga mesra)


Cara-caranya:

1. Panaskan air, pewarna merah & perisa ros sehingga mendidih.

2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.

3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan ke dalam acuan lompang/loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak.

4. Kukus selama 20 minit atau sehingga sagu menjadi jernih.


Nota:

1. Kuih ini boleh dikacau saja di dalam periuk sehingga sagunya bertukar warna dari putih hingga jernih. Namun, saya mengukusnya kerana dengan cara ini sagunya akan lebih cepat mengembang dengan sekata & saya tidak perlu mengacaunya lama-lama.

2. Sejukkan kuih ini sepenuhnya sebelum dikeluarkan/dipotong. Mengeluarkan kuih ini dari acuan lompang lebih mudah dari memotongnya. Setelah dikeluarkan ia boleh digolekkan di dalam kelapa parut yang bercampur garam itu tadi.

3. Ia juga boleh bertukar menjadi kuih sagu gula melaka dengan membuat kuah santan dan kuah gula merah. Kuih sagu gula melaka enak dimakan sejuk-sejuk.



Pastu..buat choc moist lak..ni versi kukus..memang mudah gak..ni buat saja nak makan2..bawa g ofis sikit..resepi ni pun pinjam gak..






Resepi : Kek Coklat Moist Kukus
Sumber : Munira Baharum

Bahan A
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat - cuma guna 1/2 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak

Bahan B
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
- guna sudu kecik KFC
* ayak bahan B sebanyak 3 kali

Bahan C
4 biji telur Gred B - blend hgga kembang/ berbuih

Cara2
1. Satukan semua Bahan A dlm periuk. Masak atas api perlahan. Kacau selalu. Masak hgga semua larut & sebati. Bila dh mendidih ckit, bleh la tutup api. Ketepikan & biarkn sejuk
2.Panaskn periuk kukusan
3. Masukkn Bahan B & Bahan C ke dalam Bahan A scara berselang-seli. Kacau sebati setiap kali bahan dimasukkn. Tapiskan adunan jika nampak berketul2. Masa buat ni akak tapis adunan tu. Tekstur kek pn jd cantik. Adunan mmg agak cair4.Masukkn adunan ke dlam loyang yg telah digris ngn mentega/marjerin & telah dipanaskn terlebih dahulu. Tutup loyang ngn aluminium foil. Klau xde aluminium foil, penutup kukusan kena la balut ngn kain bersih supaya air x menitik atas kek semasa proses mengukus. Kukus selama 1 jam 15mint

Topping
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat manis
1-2 sudu teh serbuk nescafe 3 in 1
1/4 cwn minyak
1/4 cwn susu cair
- masukkn semua skali dlm periuk & masak atas api perlahan hgga semua sebati. Pastu rasa sndri, apa2 yg kurang bleh tambahkn.. adjust ikut suka.



Mutiara Kata.....

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju Kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga

Monday, December 5, 2011

Jalan Jalan Di Hatyai (3)

Untuk hari ke 2 ni xtvt bebas..free & easy... pagi 8.30 dah dok kat lobby tunggu kekawan lain yg nak g breakfast..semalam x dpt lunch kat Hamid arini pegi breakfast lak..ok la..tapi taste kat Salma lagi sedap...arini dah plan nak g market..lupa nama market tu..tapi ni tempat yg buat perabis bath yang ade..hu hu..dok ralit shopping lupa la ambik gambar kat market nie..kul 9 lebih sampai market..kul 1.30 baru kuar ..pergh dah balik hotel baru terasa lamanye jalan... patutla rasa penat..sempat rilex jap..kul 3pm turun balik pegi lunch..penat sampai x rasa lapar lak..then pegi jalan konon nak cari kedai lain tapi disebabkan tiba2 je ujan dtgh2 jalan ambil keputusan makan kat Restoran Salma je..arini Roslin order kue teow tom yam..mak aii besar nyer hirisan kue teow die..1st time tengok...

Restoran Hamid...breakfast kat sini


naik tut-tut..nak g pasar...laju betul sidriver ni bawa..




kedai kasut ni dalam pasaraya dekat dgn restoran hamid & salma..otw balik makan singgah ..gile bnyk tul kasut kat sini





tengok tu..kue teow besar kan!!


jus tembikai memang kaw...

Ni hotel tempat untuk merihatkan badan..selama 2 malam..ok gak la...selesa lebih kurang 4 bintang kot.
Sambil jalan2 kat pekan hatyai nie...ternmpak lah kabel lektrik...aduih..serabutnyer..




rupanya kat hatyai pun ade COSWAY...

Sempat curi gambar polis trafik..he he..


Kat sini ramai guna motor..selain tut -tut yg memang bersepah2..tapi cute ramai yang guna scooter..comel2 lak...tapi yang herannye yang pakai topi keledar org depan jer..pembonceng xder yg pakai pun..selamba je..yg naik 3 orang 1 motor pun ramai..aduih..polis selamba je..x kisah pun..



Ok la..ni jer citer dari Hatyai..punyer lambat entrinye..he he.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...