Friday, September 30, 2011

Cuba resepi..emm



Last month try buat dessert jelly fruit bawa kat umah adik untuk open house die..ni kes beli buah oren kat pasar tani pastu da beli terlebih2..buatla Jelly fruit :)...ambik resepi kat blog secubit garam (kak nor)..sedap jelly nie..dah 2 3 wat jelly nie baru nak ntri kat sini..

FRUIT JELLY (Kak nor@ secubit garam)

5 biji limau- large size
10g serbuk agar-agar
1000ml air + jus limau
7 sudu besar gula
2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri warna jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah)

# k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
# utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
#masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
#bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
#bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)


Pastu kek pisang coklat marble ni ambil resepi dari blog masam manis (azlita aziz) baru terperasan sumber dari chef zubaidah rakan sekolah ku yg dah berjaya menjadi seorang chef.. tapi kek nie kurang pisang lagi pun guna pisang awak..dan x secantik kek ita punyer kek..hu hu



Kek Pisang coklat Marble
250 gm pisang dilecek
250g tepung kek
1st baking powder
200g gula castor
6 biji telur
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis
50 g fresh milk atau susu cair
90 g minyak
1 sb choc emulco
1 sk esen pisang


Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
Panaskan oven 170C.


Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
Satukan semua bahan dalam mixer kecuali
· minyak

· choc emulco
· pisang
· esen pisang
dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 2 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.


Buat cheese tart pula (nie resepi ambik dari myresepi) bawa untuk potluck raya reunion..ingat leh jumpa rakan sekolahku chef zubaidah masa reunion tu..tapi die x dapat datang lak ade course kat tempat lain..


Blueberry Cheese Tart (sumber resepi chef anuar)
Bahan-bahan
· PASTRY
· 160g butter
· 80g gula castor
· 1 st vanilla esen
· sedikit garam
· 1 biji telur
· 250gm tepung gandum
· BAHAN ISIAN CHEESE
· 250gm cream cheese (Philadelphia)
· 3/4 cwn gula icing
· 1 biji telur
· 1/2 cwn whipping cream
· 1 camca teh esen vanila
· Blueberry filling secukupnya
· *Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.
Caranya
1. Utk Doh Pastri: Pukul butter bersama gula, esen vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn sampai kembang nanti berminyak)
2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
3. Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh sepatutnya lembut.
4. Dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum ditekan ke acuan.
5. Tekan doh pada acuan tart.
6. Bakar 170 degree Celcius selama 15 minit. Kemudian sejukkan sementara nak sediakan isian cheese.
7. Utk bahan isian cheese: Pukul cheese dan gula hingga sebati
8. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
9. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
10. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya
11. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 170 darj cel. Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...