Friday, October 28, 2011

Akhirnya..tercapai juga....oh kek karamel!



As salam..bila singgah dapur orang..tengok mesti ade terselit kek karamel...hati ini begitu terlonjak2 nak buat juga..singgah kat dapur lovely kitchen...aduih comelnye kek karamel yum yum..pinjam jap resepi ye kak...dengan semangat berkobar yang ade..akhirnye...namun tak secantik..mcm kek kat dapur lovely kitchen..mcmane pun berjaya juga akhirnya..kek ni dihasilkan..sepatutnya kena guna loyang 8in..tapi gatal guna loyang besar..karamel jadi nipis..kek pun nipis..ntahlah xtau sebenar menjadi ke tak kek ni..rasa ermm sedap ..nak try next time maybe boleh jadi secomel kek mcm lovely kitchen...

RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Loyang 8 inci / 20cm
(sumber mylovely kitchen)

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
Ø 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
Ø Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
Ø Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
Ø Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
Ø Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang
Bahan untuk karamel
Ø ½ tin susu cair
Ø 70gm gula castor
Ø 3 biji telur kuning
Ø 1 sdt esen vanilla

Bahan diatas dengan perlahan2 jangan sampai berbuih (pukul2 manja jer),tapiskan masukkan dalam loyang yang ade karamel tadi. Ketepikan dulu..

Bahan-bahan untuk Kek:
Adunan 1 (Meringue)
Ø 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
Ø 70 gram gula castor
Ø 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
Ø Pukul putih telur sehingga berbuih.
Ø Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
Ø Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. Rujuk gambar 7.
Ø Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
Ø Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Adunan 2
Ø 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
Ø 130 ml air
Ø 50 ml minyak masak
Ø 70 gram gula castor
Ø 140 gram tepung gandum
Ø 1 sudu teh baking powder

Cara-cara:
Ø Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Ø Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
Ø Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
Ø Matikan mixer.
Ø Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
Ø Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
Ø Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 seperti gambar 8. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
Ø Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Rujuk gambar 9.
Ø Warnakan dengan warna pilihan anda.
Ø Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10.
Ø Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 pusingan untuk 4 sudu setiap warna)
Ø Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 pusingan lagi.
Ø Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 pusingan dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 10.
Ø Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
Ø Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
Ø Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
Ø Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
Ø Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
Ø Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

NOTE : KAEDAH DOUBLE BOILER / BAIN MARIE

Ø Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven. Atau...
Ø Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam oven.
TIPS MEMBUAT KEK PUDING KARAMEL PELANGI DARI LOVELY KITCHEN
v Kek akan basah jika terlalu banyak air gula. Jadi sebaiknya minimakan penggunaan gula untuk gula hangus. 2 sudu besar sudah memadai. Boleh guna 1 1/2 sb sahaja jika tidak mahu air gula meleleh banyak semasa proses terbalikkan kek.
v Kacau adunan puding perlahan-lahan jangan sampai berbuih untuk dapatkan tekstur puding yang licin mulus tidak berlubang-lubang, kemudian tapis.
v Untuk dapatkan meringue yang gebu kental, jangan sesekali termasuk kuning telur ke dalam adunan putih telur walaupun sedikit. Jika bercampur dengan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...