Thursday, October 13, 2011

Khasiat Daun Thyme




Thyme bangkitkan mood & hilangan tekanan
Thyme (Thymus) merupakan sebuah tanaman yang terdiri dari 350 spesies. Tanaman ini memiliki khasiat universal. Thyme telah digunakan untuk pelbagai tujuan di sepanjang kurun. Pada zaman pertengahan, thyme telah dianggap sebagai tumbuhan yang dapat memindahkan keberanian dan kecergasan. Orang Rom kuno menganggap ia sebagai ramuan untuk kesugulan.

Thyme yang telah dicampurkan bersama bunga mawar sering dijadikan pewangi rumah oleh orang Rom pada zaman kuno. Malah orang Greek telah menggunakan thyme sebagai colok wangi, manakala orang Rom pula telah menambah thyme dalam keju dan minuman beralkohol mereka.

Walau apa kegunaan thyme, herba ini merupakan herba yang penuh dengan pelbagai fitozat, mineral dan vitamin yang amat baik untuk kesihatan tubuh badan. Termasuk dalam salah satu tumbuhan herba masakan yang popular, thyme berasal dari kawasan selatan Eropah dan Mediterranean.

Ia tergolong dalam keluarga limiaceae daripada genus thymus. Biasanya herba ini amat popular digunakan sebagai bahan perasa dalam kebanyakan resipi Itali, Macedonian, Greek, Perancis dan Sepanyol. Rasanya tidak terlalu kuat dan boleh bercampur dengan bahan-banan herba dan rempah lain. Ciri-ciri rasanya adalah berikutan dengan sejenis kimia yang dikenali sebagai thymol yang terdapat di dalamnya.

Thyme digunakan secara meluas dalam bidang masakan. Herba ini adalah bahan asas dalam masakan Levantine (Lubnan, Syria, Palestin Jordan, Israel), Libya, India, Itali, Perancis, Albania, Parsi, Portugis, Asyur, Sepanyol, Greek, Nigeria, Caribbean, dan masakan Turki. Thyme sering digunakan untuk masakan daging, sup dan stew. Ia juga sering digunakan sebagai perisa utama dalam masakan kambing, tomato dan telur.

Ðikenali juga sebagai thymus vulgaris, herba thyme adalah sejenis tumbuhan saka kecil. Ðaunnya kecil manakalaÐikenali juga sebagai thymus vulgaris, herba thyme adalah sejenis tumbuhan saka kecil. Ðaunnya kecil manakala bunganya berwarna dari merah jambu sehinggalah ungu. Varieti thyme yang biasanya banyak ditanam juga adalah seperti lemon thyme (t.x citriodora), caraway thyme (t. herba barona) dan wild thyme (t. septyllum). Tidak kiralah sama ada daun ataupun putik bunganya, segar atau kering, banyak digunakan untuk tujuan masakan.



































No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...