Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur.
Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.
“Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?”, tanya pelanggan kepada penjual telur sambil menunjukkan genggaman tangannya.
Cuba teka, apa yang ada didalam genggamanku ini...?
“Cuba berikan aku bayangannya”,pinta si penjual telur.
“Baiklah, benda ini bentuknya bulat seperti telur.”, ujar pelanggan tadi.
“Tips lain?”, tanya penjual telur.
“Warnanya seperti telur juga.”
“Bayangan lain?”, rayu penjual telur lagi.
Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata : “Belum cukup lagi?”
“Baiklah, jika ia dimasak rasanya seperti telur.
Isi kandungannya adalah cair dalam keadaan biasa, tetapi apabila dipanaskan ia akan berubah menjadi pepejal.
”
Penjual telur masih terpinga-pinga. “Tolonglah berikan lagi pembayang atau tips yang lebih details lagi.”
"Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!”
Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit dengan yakin, “Aku dah tahu jawapannya. Ia adalah sejenis kuih! Betul tak?”
“Laa ish ish ish”. Pelanggan menggeleng-gelengkan kepada. Lantas membuka genggamannya…
Yaaa, ia adalah sebiji telur! Telur yang si penjual telur tu jual.
Apa pengajaran dari cerita ini ?:
Kita sebenarnya seringkali menjadi “BUTA” dan terlepas pandang dengan apa yang terlalu hampir atau dekat dengan diri kita. Sedar atau tidak, kita selalu meminggirkan dan mengabaikan orang yang paling hampir dengan kita. Kita hanya akan sedar kehilangannya apabila orang itu telah tiada di sisi.
Memang benar, sesuatu perkara itu kita tidak nampak kelebihan dan keistimewaannya bukan kerana jauhnya ia, tetapi kerana terlalu dekatnya ia dengan kita. Justeru, kita sewajarnya sentiasa menghargai dengan apa yang ada disekeliling kita.
Sumber Artikel : Majalah Solusi
No comments:
Post a Comment