Bagaimana Maybank2u telah berkhidmat dengan produk dan perkhidmatan mereka kepada anda…
Apa yang aku tahu tentang Maybank nie yang ade logo rimau mengaum yang color kuning tu..(bukan harimau malaya pasukan bola tu) dan singkatan namanya dari Malayan Banking Berhad. Memang popular bank ni merata ada seluruh Malaysia nie ceria sungguh dengan logo kuning tu yang berkhidmat menjaga, menyimpan dan memberi pinjam RM pada pelanggannya.
Memang bagus la Maybank selalu jer buat contest (
Walaupun… bila kira-kira baru je jadi pengguna Maybank2u namun aku bangga dengan perkhidmatannya yang terbaik… terutama untuk urusan harian dan bayaran bil tiap tiap bulan. (sebenarnya buka account maybank dah lama masa tahun 1992 lagi masa tu keje kat menara Maybank tapi bukan keje dengan Maybank ..syarikat yang aku keje tu sewa pejabat kat bangunan maybank tu) Sememangnya semenjak adanya maybank2u nie segala urusan dihujung jari saja…. tak perlulah kena beratur dan keluar nak buat bayaran bil… duduk jer depan komputer dengan satu urusan ..amboi..senangnyer.
Ni nak cite pasal kad maybank lak (lari tajuk ke nie..sebab tajuk kat atas tu nak cite pasal maybank2u)…tentang kelebihan kad debit maybank, bila urgent nak beli barang tiba2 entah macam mana kawasan dekat situ takde pulak mesin ATM nak keluarkan duit. Ermmm inilah masanya untuk menunjuk2 kad debit maybank depan cashier lagipun tak perlu la bawa cash sampai tebal dompet duit tu..namun pastikan adalah balance yang cukup sebelum transaksi yer.
Tetapi seandainya bila dah emergency sangat tu cash pun xder kad debit pun x cukup balance…kad kredit maybank kan ade..tapi yang pastikan bayaran tiap-tiap bulan lancar..jangan tertunggak-tunggak. Bila sampai masa dah dapat statement jangan lewat-lewatkan masa bayaran jangan pula buat bayaran minima sangat biarla utang credit tu cepat sikit abis (ingatan untuk diri sendiri gak)..lepas tu boleh maybank tambahkan nilai credit lagi he he…dan jangan lupa treatspoint kalau dah banyak sangat tu cepat2 la redeem..macam-macam barang ada..untuk diredeem..
Bagi pengguna Zing card TNG…ni lagi tak perlu nak stop add nilai TNG…bila dah abis guna sampai RM50..automatik nilai anda akan ditambahkan pada RM100…jangan risau anda boleh bayar kemudian tunggu je bil sampai jer nanti.
Berbalik cite pasal maybank2u pula..kelebihan maybank2u nie adalah paling utama mudahkan perbankan bagi sesiapa ada internet dan komputer ( majoriti orang kat malaysia ni mesti ade komputer)..macam-macam transaksi ada paling terbaru Tabung Haji ..(best aku suka) dan info2 pasal bank pun banyak..secure banking bagus..so far transaksi memang xder masalah(x taula maybank2u guna system aper aku bukan terror pasal system2 PC) dan aku perasan perniagaan online banyak yang guna maybank..nie sebab system maybank2 u nie memang mesra pengguna…he he..walaupun x leh berkata-kata.
Tak tau la macam banyak pula melalut kat sini...WALAUBAGAIMANPUN aku nak sangat menang tablet Asus Nexus tu.................saya akhiri dengan ribuan terimakasih buat......dulu sekarang dan selamanya ku setia bersamamu….(wah ayat power nie ke skema ???)
Terimakasih...Maybank.
1 comment:
Hai. Saya pon masuk contest ni. All the best ok!! Btw, salam kenal. :))
Post a Comment