Tuesday, November 6, 2012

Nilai RM100 dan RM1


Salam...... saya ingin berkongsikan dengan anda sebuah kisah yang menarik.
Apakah nilai RM1 dan RM100 kepada anda.
Kalau diperhatikan, tentunya nilainya lebih tinggi untuk not RM100, tanpa ragu-ragu.
Tetapi cuba perhatikan maksud dan nilainyadari cerita ini.

Hoho, harap dapat membina satu perspektif baru.
Not RM 1 dan RM 100 sama-sama dibuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Erti kata muda Bank Negara. Apabila siap, mereka pun keluar dan berpisah dari bank dan beredar di kalangan masyarakat.
Setahun berlalu. Ditakdirkan mereka bertemu secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Terjadilah jejak kasih di antara not RM 1 dan RM 100. Mereka saling berkongsi cerita yang berlaku sepanjang setahun lepas.

Si RM100 bertanya kpd RM1.00,
“Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau busuk?”
RM1.00 menjawab, “Kerana selepas aku keluar dari bank aku terusan berpindah tangan.
Termasuklah orang-orang bawahan dari pembawa beca, penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis”

Lalu RM1.00 bertanya balik kepada RM100,
“Kenapa engkau kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?”
Dijawabnya, “Kerana selepas aku keluar dari bank, aku terus disambut perempuan cantik dan aku singgah ke restoran mahal, di mall dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet” Jawap not RM100 dengan kereknya. Hahaha..(Gelak evil )

Lalu RM1.00 bertanya lagi, “Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?” Dijawablah, “tidak pernah”

RM 1.00 pun berkata lagi, “Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada TUHAN. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat”

Akhirnya menangislah RM 100 kerana sombong dengan kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. Kesimpulan? Janganlah kita memandang sebesar atau sehebat mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan TUHAN. Kekayaan bukanlah untuk kesombongan.

Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah.. Oh inspirasi!

Sumber : Email .....Daniena Hakim

1 comment:

Amy said...

ha..ha..ha..kerek la RM100.00 tapi
RM 1.00 gak untung pasal buat pahala.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...