Monday, June 13, 2011

"Maaf kami tak jual coke"







Maaf..kami tak jual Coke
Duduk dan order satu Coke. Besar kemungkinan anda akan terperanjat sakan. Tidak pernah anda memasuki mana-mana restoran mamak dan tidak dihidangkan minuman lazim anda. Tidak pernah.
“Kami tak jual Coke di sini. Maaf,” kata pelayan beruniform di Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam Worldwide. “Tetapi kenapa?,” anda bertanya agak kecewa dan juga hairan. “Oh, sebabnya Coke salah satu produk yang secara terang-terangan membantu Israel. Si Zionist tu?,” dia menjawab, anda pula termalu kerana dididik kepada siapa anda patut berpihak.
Menurut ampunya Restoran Hakim, Haji Hakimsa Shah, dia telah memboikot Coke daripada menghampiri peti sejuknya sejak serangan berdarah tanpa berhati perut oleh Israel ke atas Gaza pada tahun 2008. Baginya, kerakusan dan kezaliman rejim apartheid gila zionist Israel itu cukup untuk dijadikan alasan membantutkan mana-mana pendana yang menyalurkan wang kepada negara haram itu. Walaupun hanya pada kadar 1 sen bagi setiap tin Coke.
Hakimsa memiliki dua buah restoran 24 jam di Seksyen 7, yang pertama di Worldwide berhampiran Universiti Industri Selangor dan sebuah lagi di jalan menghala ke kawasan perindustrian Bukit Raja. Dalam usahanya yang kerdil, Hakimsa yakin dia mampu menyebarkan mesej bahawa sesiapapun jangan memberikan sambutan kepada negara seperti Israel yang sedang mewah dengan hasil jualan produk-produk pengeluar yang sememangnya mendanakan rejim ganas zionist itu. Dia memaklumkan Biro HALUAN Palestin bahawa jualan kasarnya tidak terjejas sejak memboikot Coke, malahan bertambah pula rezekinya.
Suatu petanda kepada peruncit dan pengusaha restoran bahawa tidak ada alasan untuk menolak jenama-jenama yang memboncengkan Israel. Tahniah kepada Restoran Hakim. Kami yakin beliau akan muncul di kaca TV selepas berita ini tersebar. Namun, kami masih perlu meyakinkan beliau untuk terus memboikot kesemua 6 jenama yang dikenalpasti Biro HALUAN Palestin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.