Friday, June 10, 2011

Petua ohh petua...itupun kalau mampu nak ikut..

Pemakanan..

Setiap pagi sebelum gosok gigi..sebelum mandi tu minum segelas..untuk awet muda..dan untuk proses metabolisme boleh la cuba makan sesudu madu..atau campurkan bersama air.

Makan sarapan sejam selepas bangun dari tidur...memandangkan kat malaysia ni kaya dengan makanan yang enak2...eg. nasi lemak, roti canai, teh tarik..elakkan memakan tiap2hari..cuba kurangkan seminggu sekali dan makan ala kadar jer..
Kalau makan roti ..makan roti serat..atau kalau tak kisah makan ubi kayu rebus macam orang dulu..cicah dengan sambal ikan bilis..emmm...sedap...tapi sekarang ni susah nak dapat ubi kayu la..:(..masa zaman budak2 dulu..ingat lagi arwah nenek suka masak lempeng tepung gandum..cicah dengan sambal ikan bilis..boleh la tukar ..kalau dah bosan dengan nasi lemak or rati canai.

Kurangkan minum yang bersusu & bergula..lebih2 lagi gula dah mahal sekarang nie..minum yang 'o' jer..klu teh 'o' perah sikit limau atau halia..untuk menambah rasa dan membantu pembakaran kalori.

Diantara waktu sebelum makan tengahari gantikan makanan 'junk food' dengan makan buahan

Banyakkan minum air kosong agar proses pembakaran lemak berjalan lancar.

Waktu makan tengahari makan ambil nasi separuh dan makan lebihkan sayur..kalau boleh makan buah dulu sebelum makan nasi..bagi kita cepat kenyang..so kurang la makan nasi.

Untuk makan malam yang makan kat rumah boleh cuba makanan yang di stim..sup..panggang..makan sebelum pukul 8 seelok2nya.

Aktiviti senaman

Buatla senaman ringan sebelum bawa diri ke bilik air..'sit up' pun ok...
Banyakkan aktiviti berjalan...selagi boleh. Bagi yang bekerja masa 'lunch hour'cuba2 la jalan kaki untuk pergi ke kedai makan ( kecuali pejabat jauh dari kedai makanan) jadikan aktiviti berjalan masa nak beli makanan.

Cuci kereta sendiri..seminggu sekali bersihkan rumah sebersih-bersihnya..mop lantai, basuh tandas dan bersihkan halaman rumah..dll.

Lain -lain

Tidur...adalah penting..dapatkan tidur yang secukupnya..7 -8 jam sekurang-kurangnya untuk mendapatkan kecergasan untuk aktiviti keesokkan hari.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...