Lihat hasil Durian Crepe..rasanye kesedapannye memang terbaik...harus dibuat sekali lagi nie..resepi Durian Crepe nie dipinjam dari Masam Manis..
KUIH GULUNG ( sumber My Resepi)
Bahan-bahan ( 10 biji ) 2 cawan tepung gandum 2 cawan air pandan (kisaran beberapa helai daun pandan dan air) 1 sdb santan pekat 1/2 sdt garam 1 sdt esen vanila 2 sdb minyak masak 1/2 sdt pewarna hijau (boleh pelbagaikan warna lain) Bahan Inti 1 cawan kelapa parut 1 cawan gula merah 1/2 cawan air 1/2 sdt garam
Cara-caranye
1. Untuk inti, campurkan semua bahan ke dalam kuali dan masakkan dengan api sederhana sehingga sebati dan lembap. Kurangkan sukatan gula merah kalau ingin kurang manis
2. Untuk kulit, bancuh semua bahan-bahan sehingga rata. Adunan akan lebih cair daripada adunan cucur 3. Leserkan minyak rata ke dalam kuali . Bila panas, tuangkan 1 senduk (sup) adunan dan leserkan nipis (atau goyangkan kuali) 4. Terbalikkan kulit bila sebelah atas tiada gelembung cair (masak) dan tunggu sebelah lagi masak 5. Letak inti. Lipat kiri dan kanan kulit sebelum menggulung. Siap 6. *Adunan untuk kulit memang tak letak telur sebab dah ada santan
Yang nie roti jala ..tempahan ofismate..utk jamuan kecil-kecilan..50 pcs jer..subuh2 juga dah mula menjala..konon nak buat dwi warna...namun masa telah membantutkan hasrat tersebut.
1 comment:
salam....bila leh ajak sy mkn kueh@ yg dibuat tu....pandainye cik adik ne
Post a Comment