Wednesday, September 11, 2013

KISAH 20 SEN....

Sebelum raya..kecoh ayam naik harga...bila nak raya harga turun sikit..elok jer abis bulan raya ..minyak petrol pula naik...aduih sudah semestinye banyak barang akan naik harga nanti..semalam pegi kedai mamak minum tea tarik makan capati...mamak nie pandai harga x naik tapi portion capati tu punye la nipis dan kecil jer..air pun macam kurang teh kurang gula..sume kurang la.. betul la walaupun 20 sen...

Kerana 20 sen itu...
Ada nelayan bakal termenung jauh,
Ada petani bakal pecah peluh,
Ada peniaga bakal mengeluh..

Dari 20 sen itu..
Ada yang mengambil kesempatan,
Ada yang tinggal kesempitan,
Ada yang ucap kesyukuran, Kerana NEGARA MASIH AMAN!

Akibat 20 sen itu... harga Barangan akan melambung,
Para pembeli bagai berkabung,
Para peniaga jenuh menghitung..
Disana ada macai..

Kata cai, 20 Sen saja, kira cincai..
Cai mungkin lupa,
Yang minyak itu punca segala,
Yang minyak itu keperluan semua.

Kerana 20 sen "saja",
Semua akan tepuk kepala..

1 comment:

Amy said...

20 sen...bukan zaman P.Ramlee aje..
tempiasnya hingga ke hari ini...dri
20 sen ke 20 persen...mengena sungguh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.