Masa mak buat kenduri tahlil bulan raya aritu...adela buat trifle...snap guna kamera hp cap ayam..x clear sangatlah gambarnyer kabur2 gitu..
tengok tu kan blur jer picture tu..guna buah pic & kiwi...tak guna fruit koktailpun...sbb buah kiwi & pic je yang ada dalam simpanan..
Resepiyer simple jer..
Trifle simple
Apa yang anda perlukan ialah:
1 gulung swiss roll
1 tin fruit coktail
1 tin susu cair
1 kotak kristal jeli perisa yang disukai..guna perisa strawberry jenama NONA
3 sudu besar tepung kastard
400 ml air panas
2-3 sudu gula pasir
Caranya :
Potong swiss roll yang dibeli je..nak buat x pandai lagi...pastu susun dalam bekas rapat-rapat
Fruit coktail tu ditapis..air nyer masakkan bersama -sama susu cair, gula & tepung kastad..kacau hingga hampir pekat
Tuangkan adunan kastad tadi atas lapisan kek swiss roll tadi dan menutupi keseluruhan kek tadi
Letakkan pula fruit coktail yang ditapis tadi..biarkan sejuk sekejap
Sementara tu masakkan jeli dengan 400ml air hingga larut..kemudian tuangkan atas lapisan kastad
dan terbentuklah satu lapisan warna merah...sbb guna perisa strawberry..klu guna perisa oren color oren lah jadinye..hehe
Simpan dalam peti sejuk..sedia dihidang dan dimakan..yum yum.
No comments:
Post a Comment