Monday, January 20, 2014

Masak-masak untuk minum petang

Cuti-cuti ujung minggu ni rajin lak memasak..he he.. teringin lak nak makan puff apple.. tak cantik la macam Mat Gebu punyer...pinjam resepi die gak nie..


 
Apple Pastry Puff

INTI :-)
2 biji epal hijau 1 1/2 camca besar gula perang @ soft brown sugar 1 camca besar kismis 1 camca besar penuh mentega 3/4 camca besar tepung jagung 1 inci kulit kayu manis (optional)


BAHAN LAIN :-)
8 keping puff pastry jenama KAWAN bersaiz 4 inci x 4 inci Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK INTI :- Kupas epal, buang empulur dan dadu kecil. Panaskan mentega dalam periuk, goreng epal bersama kismis, kulit kayu (optional) dan gula perang hingga epal lembut. Kalau suka boleh letak sedikit jus lemon, tapi mat tak letak sebab epal tu dah ada rasa masam2 sikit. Masak hingga epal lembut. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga pekat

UNTUK PASTRY PUFF :- Letakkan inti pada sebelah bahagian pastry puff  kemudian lipat berbentuk segi tiga, tekankan dengan garpu ditepinya ,kelar2kan bahagian atasnya sapu dengan telur masukkan dalam loyang.Buat hingga habis dan bakar pada suhu 190C selama 20-25 minit atau kuning keemasan.




Cheese Tart nie...buat letak jam strawberry jer...lepas tu kulit tart tu aku letak color pink..he he..macam comel jer..bila letak color .



 
Roti John nie..aku buat untuk sarapan sebenarnya he he....simple jer...saper yang teringin nak buat resepi ada nie..:)
 
bahan-bahan : untuk 1-2 orang makan
  • 2 keping roti hotdog (dibelah dua tapi jangan sampai putus. Sapukan dengan sedikit mentega jika suka)

  • bahan inti :
  • 2 keping beef/chicken burger ( di cincang halus2 lepas tu tumis dengan hirisan bawang)
  • 2-3 biji telur (dipukul sedikit) 
  • hirisan bawang besar/Holland
  • hirisan daun sup
  • 1/2 sudu makan sos cili
  • sedikit garam
cara-caranya

  • bahan bahan inti tadi masukkan dan satukan semua bahan inti tadi
  • kemudian panas kan mentega/minyak atas kuali leper
  • dadarkan adunan telur (bahan inti) bila telur agar kering 1/2 masak tekapkan roti di atas telur tersebut
  • Angkat dan terbalikkan roti tadi..hiaskan dengan tomato atau sayur lain pun bole ikut citarasa korang...(aku tak letak sayur pun) letakkan sos cili & mayonis.
  • Potong roti pada tiga bahagian  dan siap untuk dimakan.



 
 

2 comments:

Aisy Nasiha said...

Rajinnya masak pelbagai menu...

Tasneem said...

sedap nya! kalau tasneem buat sure tak jadi. huhu :'(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...